Wednesday, January 28, 2015

POLIGAMI

Assalamualaikum !

hai hai.. hihi.. fuuhhh berhabuk belog saya. *tiup-tiup sikit*

hahaha tahu x.. ble bc blk blog nad ni kan.. almost sume entry start with "lama x update cerita", "berhabuk dah", "bersawang".... bla bla blaa....

okay. malas nk bermukadimah sangat.. straight to the point !

POLIGAMI

Ape pendapat anda tentang poligami ? Bincangkan. (10 Markah).

hahaha.. da mcm nk exam pulak. al maklumlahh... bakal guru. type pon dah ada la sikit ciri-ciri pendidik tu. hoho...

okay abaikan. ni serious nih. bukan main-main. hrmm nad buntu kadang-kadang.. sakit taw hati ni. ary tu uda. ni angah pulak. agak x cukup ke satu ? cbe appericiate cket bini dkt rumah tu. bertahun tahun bina keluarga bersama. susah payah bersama. ni laahh manusia. time susah igt kt kte time sng lupe terus segala pengorbanan yg dkongsi bersama. nad ni x de la pndai mana. tp nk share cket lah ayat encik tunang nih 

"lelaki diuji dengan 2 perkara. WANITA dan WANG RINGGIT"

nad ada search psl hukum berpoligami ni.. korang mst pena dgr kan yg poligami ni sunnah nabi. sbnrnye..... hrmm ntah. nk kata ye, mcm x. nk kata x, org kata segala perbuatan, percakapan nabi tu sunnah. nad pon comfuse. tapi.. meh nak share cket hukum berpoligami ni.


hee.. harap maaf. sy mls nk re-type bnde alah ni. print screen je. haa see? hukum poligami ni ada 3 taw. boleh jadi haram kalo konsep ADIL tu x dilaksanakan. adil ni perlu dari pelbagai segi. keperluan zahir dye.. batin dye. susah taw sbnrnye nk berlaku adil. apetah lagi berpoligami. even dgn adk beradik sndri pon kadang2 ssh nk berlaku adil. hrmm x taw lah nk ckp ape. yg pstnya.. nad tersangatlah kecewa dengan sikap abg2 nad.

cuba kalau suatu hari nnt.. suami nad ckp..."abang nak mintak izin sayang. abang nk kawin lg satu." cuba lah bayangkan.. marah x korang agk2? mungkin korang x rse ape yg isteri korang rse. tp cuba letakkan tempat korang ditempat isteri. mcm mne rsenya diduakan. ada sebuah kisah ni jap nk nk kongsikan.. hayatilah betapa bernilainya seorang isteri. nad hargai sangat lelaki yg berjiwa penyayang mcm ni.


NILAI SEBENAR SEORANG ISTERI... 

Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta 1 orang datang ke depan. 

PENCERAMAH: ”Tulis 10 nama yang paling rapat d engan anda” 

Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, ada nama jiran, orang tua, teman kerja, sahabat, anak dan juga isterinya serta seterusnya. 

PENCERAMAH: "Sekarang sila pilih 7 di antaranya anda ingin hidup terus bersamanya"


Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi.

PENCERAMAH: "Sekarang hapuskan 2 nama lagi, sehingga tinggal 5 nama sahaja di papan tersebut..."

PENCERAMAH : “Hapus 2 nama lagi...” 

Maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isterinya.  Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih. 

Tiba-tiba PENCERAMAH berkata: “Silakan padam 1 nama lagi!” 

Lelaki itu dengan perlahan-lahan mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama orang tuanya.

PENCERAMAH : "Silakan pilih 1 nama lagi!"

Lelaki tersebut menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan dengan berat hati mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis.
Setelah suasana tenang, 



PENCERAMAH bertanya kepada lelaki itu, "kenapa kau tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu, tidak juga memilih anak yang darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi?" 

Semua orang di dalam dewan tersebut terpaku menunggu jawapan dari lelaki tersebut.
Lalu lelaki itu menjawab: 

”Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi meninggalkan saya, manakala anak jika sudah dewasa akan berkahwin, dan juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya. Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini.”