Monday, June 29, 2015

Period semasa bulan puasa

Assalamualaikum dan selamat petang !

okay hai.. belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan SELAMAT BERPUASA untuk semua umat Islam didunia ini.

nad rasa setiap tahun kalau tiba bulan Ramadhan yg mulia ni, nad akan sempatkan diri utk update entry yg berkaitan. dan tahun ni... nad pilih untuk cerita berkaitan PERIOD SEMASA BULAN RAMADHAN. hihi.. kiranya entry kali ni special untuk kaum hawa sahaja ya. kaum adam kalau nak baca, boleh jugak. boleh share dekat adik, kakak, makwe, tunang, bini, anak ke... pon boleh.

alhamdulillah, sedar tak sedar hari ni dah 12 Ramadhan 1436H, kita dah masuk fasa yang kedua dalam bulan Ramadhan iaitu fasa MAGFIRAH (pengampunan).

memandangkan hari ni nad dapat puasa separuh hari je, nad nk kongsi sedikit amalan yang boleh dilakukan oleh wanita ketika datang haid. ye laa... aku percaya, ramai yang frust menonggeng sbb period time puasa kan?

"alaaahhh... period ! x dapat nak puasa. malasnya nak ganti"
"hermm.. x dapat la nak khatam mcm ni"
"sayangnya... x dapat nak kejar malam lailatul qadar"

okay. period bukan bererti segala ibadah kita x boleh buat. period bukan bererti kita x boleh kumpul pahala.

NO ! haa ambik ! big no no nad bagi. haha.. x de lah. chill lah. banyak je ibadah yang kita boleh buat masa period ni. just yang penting sekali... kita kena REDHA.

okay, 1st and foremost... x kira la bulan puasa ke. bulan x puasa ke.... korang try lah amalkan doa ni.


nad tak tahu sangat nk explain kenapa kena baca doa ni. tapi... 1 hal yang korang kena tahu.. berdoa tu pon dikira ibadah. annndddd.... mesti ada yg tertanya tanya kan? boleh ke baca ayat quran? macam aku jugak.. tapi... sebelum aku kongsi sesuatu, aku akan buat research cket.

haa.. yg aku paparkan dekat korang ni.. DOA. kebanyakkan ayat quran, kita boleh jadikan dia sebagai doa. kalau kau jenis yang baca makthurat, mesti kau tahu. sbb.... dalam mathurat tu banyak doa. dan doa2 tu semua dari potongan ayat quran.

lepas tu.. pasal "boleh ke baca quran?"

hrmm.... mcm mne ek nak explain? korang tahu kan... kita x boleh sentuh quran ketika berhadas kecil. apatah lagi berhadas besar. ni quran ye.. kalau tafsir, x de wudhuk pon boleh pgg. sbb apa Allah perintahkan mcm tu? sbb Al-Quran tu kitab suci. since nak pgg pon x boleh, apetah lagi nak baca kan? so... kesimpulannya, x boleh ! HARAM. tapppiiiii.... ada tapinya.

kalau surah-surah lazim atau apa2 lah ayat quran yg dah menjadi kebiasaan kita sehari hari.. maka, dibenarkan. sebagai contoh, surah Al-fatihah, ayat kursi, surah Al-Kahfi.... macam aku, sebelum tido aku biase dengar atau baca surah Al-Mulk.. jadinya, kalau period, aku boleh jgak baca. tapi tidak melalui quran lah. korang kan handphone sume canggih2.. mst ada aplikasi quran tu kan. baca ikut situ pon boleh. guna tafsir quran pon boleh. macam kalau kdang2 kita bukak tv ke, radio ke ada play ayat2 quran yg kita biase baca, boleh je follow skali. 2 pahala boleh dapat. pahala mendengar dan pahala membaca.

selain daripada baca doa, baca hadis, baca tafsir, dengar ceramah, dengar orang mengaji, baca mathurat, berzikir, bertasbih, bertahmid.. amalkan bangun sahur. even x puasa pon, ganjaran bangun sahur tu in shaa Allah ada. ni nak kongsi sikit..

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” 
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah)

Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud: “Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air.” 
(Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Hadis tadi menunjukkan kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa walaupun makan atau minum dengan sedikit saja sekalipun dengan hanya seteguk air. dan... yang lebih afdal adalah dengan melewatkan sahur. selagi x azan, selagi tu boleh makan.

banyak sebenarnya amalan yang boleh kita lakukan. malas nak cerita panjang lebar, boleh baca dekat sini https://shafiqolbu.wordpress.com/2013/08/05/35-amalan-sunat-ketika-kaum-hawa-haid-dan-nifas/

okay, gamba dekat bawah ni nad print screen je dari blog mne ntah td. hadis berkaitan mandi wajib. boleh baca sendiri lah.. hihi..



okay, that's it for today.. nad x boleh ngadap lapy lama2 sgt ni.. spek saya telah dipatahkan oleh makhluk bernama Alya Nur Zara. (anak akak).

sekian, wassalam.



Saturday, June 13, 2015

No Entry...

Image result for no entry

Assalamualikum dan selamat malam guys...

hurmm... knp NO ENTRY ?

sebab........ sebab yg tiada sebab sebenarnya... aku x tahu nak cerita ape sekarang. ekceli banyak je bnde yg berlegar legar dalam kepala otak aku ni nak kongsikan dekat korang. tp.....

unstable mood. sedih. rindu. kecewa. marah. macam2 aku rasa.

ini lah aku. i don't mind beeing alone. i just hate the feeling when i'm alone.

sem ni... aku terasa sangat. terasa life as a STUDENT. sibuk + penat..

sekrang ni tengah final. jadinya... sepanjang 10 hari baru-baru ni.. makanan aku hanya S-T-U-D-Y

sebab... carry mark aku kali ni rendah. ekceli it's not "aku"... it is "kami"... set2 org sume carry mark rendah. nak kata subjek tu killer, x de la killer sgt.. but i don't know why.. so i have to put an effort just to make sure aku x kena REPEAT paper2 tu.. fuh ! nauzubillahiminzalik...

malam ni aku x berniat nak study sbb SRN tu telah menyemakkan otak aku. boleh dye buat meeting minggu exam nih... choi !

okay lah. that's it.. karang kalau aku bercerita panjang lebar.. korang jugak yg x mampu baca. good nyte !

eh ehh.. kejap !




alang2 dok ber-entry nih.. nad nak susun 10 jari memohon ampun dan maaf atas segala salah silap yang nad telah lakukan sama ada dalam keadaan sengaja mahupun tidak sengaja. yang kecil mahupun yang besar. nad tahu nad banyak buat salah. terutama buat insan yang pernah rapat dengan nad. wel, human make mistake kan?

nad nak mintak halalkan makan minum nad. halalkan segala hutang yang mungkin x terlunas. ilmu yang korang kongsikan dekat nad. kalau tak halalkan bgtaw taw ! nad x nak tanggung dosa dekat akhirat nnt.

akhir kata, nad minta jasa baik kawan2.. doakanlah kejayaan nad. doakan supaya apa yang nad belajar mudah difahami dan lekat dekat kepala. semoga kita sama sama berjaya didunia mahupun di akhirat.

sekian.