Thursday, June 16, 2016

TAUBAT


Assalamualaikum...

Kenapa Allah masih hidupkan aku hari ini?
........kerana dosaku terlalu banyak dan Allah masih izinkan aku untuk bertaubat.

Di bulan yang mulia ni.. cubalah bertaubat. kita ni manusia, x sempurna. kalau kita x buat silap dengan Allah, mungkin kita ada buat silap dengan manusia. kadang2 kita tak tahu yg percakapan kita ni sedikit sebanyak telah menggores hati insan lain. who knows?

Aku sendiri x nafikan.. aku banyak dosa. dosa dengan Allah terutamanya. Allah, takut kadang2 bila fikir diri ni mcm lebih layak ke neraka daripada ke syurga. tapi... percayalah. Allah tu Maha Penerima Taubat, Maha Pengampun. Allah tu Maha Penyayang.. kau buat la silap besar mana pun, kalau kau bertaubat dengan sepenuh hati, In Shaa Allah, Allah terima taubat kau.

Suatu malam tu.. ada aku mimpi mcm kejadian kiamat. masa tu dekat rumah Segamat. ALLAH. Gambaran dia sangat menakutkan. walaupun mmp tu mcm ala ala cite The Hungger Game. sebabnya... dlm aku merasa ketakutan dan lari mencari sejadah utk bertaubat, tiba-tiba mcm ada peghadang yang menghalang kejadian kiamat tu dari sampai ke arah aku.

mmg mcm x logik. org mesti akan kata, pengaruh Hungger Game. bnyk sgt tgk TV... x.. sungguh x. sbb mse tu aku x de tgk tv langsung, aku x de pikir langsung mcm na kiamat ke apa, tiba-tibe je mmp tu datang. aku rasa, tu salah satu petunjuk yang Allah nk bg. Allah bg hint supaya aku bertaubat. mana taw, esok lusa aku dah x de. jgn lpe sedekahkan Al-fatihah dekat aku.

Ya Allah, bila fikir tentang mati ni.. takut sangat. utk insan-insan yang mungkin pernah terluka, kecewa, hampa, marah, benci, dengki, atau sebagainya, di kesempatan ini... nad nak minta maaf sangat2. dari hujung rambut hingga hujung kaki. mungkin juga nad pernah berhutang. hutang makan, minum, pakai, duit, masa, ilmu... mintak halal ye?

TAUBAT. Taubat dari segi bahasa bermaksud kembali. Dari segi istilah pula, kembali kepada Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Taubat dekat sini lebih jelas dengan menyerah diri dengan hati penuh penyesalan yang sungguh-sungguh (kesal, sedih, susah serta menyesal sehingga kau mampu mengalirkan air mata). Hati pula menyesal dgn perbuatan dosa yang kau lakukan itu sehingga anggota-anggota lahir seperti mata, telinga, kepala, kaki, tangan, kemaluan tunduk dan patuh dengan syariat yang Allah telah tetapkan. Dan yang paling penting sekali, kau berjanji dengan diri kau sendiri yang kau tak akan ulang lagi perbuatan tu.

Pada yang rasa nak bertaubat, tapi x tahu mcm mne nk buat, boleh try usha link ni..
https://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-taubat/

sekarang ni sume benda boleh cari gne jari je. x pyh cr ustaz utk ajar. x pyh buang masa, buang tenaga, buang duit. org kata, nak seribu daya, x nak seribu dalih.

apa-apa pon.. rasanya masih belum terlambat utk nad ucapkan SELAMAT BERPUASA buat semua muslimin dan muslimat yang ada dimuka bumi ni. cari lah peluang di bulan yg mulia ni utk buat sebanyak boleh kebaikan dan amal sebagai bekalan di akhirat nnt.




Sunday, January 17, 2016

Magrib

Assalamualaikum and hai !

Memandangkan sekarang ni tengah mood cuti sem, so i would like spend some time untuk UPDATE blog yang sememangnya semakin berhabuk nih. well, hidup sebagai student ni bukan lah suatu yang mudah. semakin kita membesar, semakin banyak dan semakin besar cabaran yang bakal kita hadapi..

semalam ada lah scroll dekat FB berkaitan " Waktu Maghrib Ttutuplah Pintu". satu info yang nad baru tahu dan nad aplikasikan. annnndddd.....

u know what? memang nad rasa perubahan tu.

sebelum nad baca benda tu dekat FB, nad ada juga la diberitahu oleh... hehe Encik Abang kita bahawa.... "bila kita tutup pintu/tingkap pada waktu magrib atau.... orang dulu dulu kata waktu senja, syaitan ni dye akan terpantul balik. maksudnya bila kita tutp pintu/tingkap, ia ibarat cermin.. syaitan tu akan terpantul balik walaupon secara teorinya kita tahu syaitan ni dia boleh je tembus dinding ke rumah ke apa. sebab tu lah org tua-tua pesan, waktu magrib tutup pintu/tingkap. jangan keluar rumah. balik sebelum magrib. ada la sebab sebab dia"

pada orang lain mungkin benda ni dah biase dengar. tapi pada nad.... i'm not used to be. sebab... memanglah ma ada pesan masa kecik2 dulu benda2 tu sume.. cuma nya... ye lah, apa apa pon yang kita buat, there's must be a reason behind it right? dan... sebab sebab tu nad baru je tahu bila umur da cecah 22 tahun. see? betapa ceteknya ilmu yang nad ada.

lecturer math nad dkt UPSI ni selalu cakap. mathematic ni saling berkait denan kehidupan seharian kita. sebagai contoh... kita belajar jarak, circle, geometric n so on... semua tu untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian kita. dia selalu cakap, "awak tak tanya ke cikgu2 awak dulu.. kenapa kita belajar tu, kenapa kita belajar ni". even pecahan pon ada dia terangkan secara logik kenapa tambah x perlu samakan pembawah, tapi darab perlu samakan pembawah. nad suka belajar something yang related to my life. bukan sekadar belajar untuk periksa je.

ooopppsss... hehe.. tersasar jauh dah ni. okay, ni nad share sikit lah dari apa yang nad baca.
Semasa azan maghrib berkumandang,syaitan bertempiaran masuk ke rumah yang pintu/tingkap masih terbuka. Seram,kan kalau kita membenarkan syaitan 'menumpang'. Lagipun masa senja ni umpama siang untuk syaitan.Aktif mencari 'makanan','tempat tinggal' & mangsa untuk dirasuk/diperdaya.
Ingatlah, menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah RA : Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Bila seseorang masuk ke dalam rumahnya lalu menyebut nama Allah pada waktu dia masuk & pada waktu dia akan makan,maka syaitan berkata kepada kawan-kawannya : "Tidak ada tempat untuk bermalam & tidak ada makan malam untuk kamu." Akan tetapi jika seseorang masuk ke dalam rumahnya tanpa menyebut nama Allah,maka syaitan berkata "Ada tempat bermalam untuk kamu semuanya." Bila dia tidak menyebut nama Allah pada waktu makan,maka syaitan berkata kepada kawan-kawannya "Ada tempat untuk kamu semuanya bermalam & makan malam ." [HR. Muslim]
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini kerana banyak interferens berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Waktu senja adalah waktu syaitan berkeliaran. Sabda Nabi s.a.w., "Apabila hari sudah senja, tahanlah anak-anak kamu (keluar rumah) kerana syaitan-syaitan berkeliaran ketika itu. Apabila sudah berlalu sebahagian daripada malam, maka biarkanlah mereka tetapi kuncilah pintu dan sebutkan nama Allah.
Sesungguhnya syaitan tidak sanggup membuka pintu yang dikunci. Tutup tempayanmu dengan menyebut nama Allah. Tutup semua bekasmu dengan menyebut nama Allah, sekalipun dengan membentangkan sesuatu di atasnya..."(Riwayat Muslim daripada Jabir bin Abdullah r.a.)

alhamdulillah, lepas baca ni nad pon tutup tingkap dekat bilik waktu magrib. lepas isyak baru bukak semula biar udara sejuk masuk bilik. u know what... sepanjang 6 hari nad balik rumah, baru mlm td nad tdo dengan lenanya.. sebelum ni kerap kali juga nad terjaga sbb sejuk.. hehe baru cuci kipas. pasang 2 je pon lajunya dah mcm pasang no 5. sejuk !

tapi... bila nad pakai selimut, nad rasa panas. bila berselimut tebal ni suhu badan nad mmg senang naik. walaupon sebenarnya nad memang jenis tido berselimut. cumanya, x de la pakai selimut tebal2. dulu suka lah selimut tebal... sekarang ni... haha panas kot !

okay lah, itu sahaja perkongsian daripada nad. saya nak solat ni. baaaaiiiii