Thursday, June 16, 2016

TAUBAT


Assalamualaikum...

Kenapa Allah masih hidupkan aku hari ini?
........kerana dosaku terlalu banyak dan Allah masih izinkan aku untuk bertaubat.

Di bulan yang mulia ni.. cubalah bertaubat. kita ni manusia, x sempurna. kalau kita x buat silap dengan Allah, mungkin kita ada buat silap dengan manusia. kadang2 kita tak tahu yg percakapan kita ni sedikit sebanyak telah menggores hati insan lain. who knows?

Aku sendiri x nafikan.. aku banyak dosa. dosa dengan Allah terutamanya. Allah, takut kadang2 bila fikir diri ni mcm lebih layak ke neraka daripada ke syurga. tapi... percayalah. Allah tu Maha Penerima Taubat, Maha Pengampun. Allah tu Maha Penyayang.. kau buat la silap besar mana pun, kalau kau bertaubat dengan sepenuh hati, In Shaa Allah, Allah terima taubat kau.

Suatu malam tu.. ada aku mimpi mcm kejadian kiamat. masa tu dekat rumah Segamat. ALLAH. Gambaran dia sangat menakutkan. walaupun mmp tu mcm ala ala cite The Hungger Game. sebabnya... dlm aku merasa ketakutan dan lari mencari sejadah utk bertaubat, tiba-tiba mcm ada peghadang yang menghalang kejadian kiamat tu dari sampai ke arah aku.

mmg mcm x logik. org mesti akan kata, pengaruh Hungger Game. bnyk sgt tgk TV... x.. sungguh x. sbb mse tu aku x de tgk tv langsung, aku x de pikir langsung mcm na kiamat ke apa, tiba-tibe je mmp tu datang. aku rasa, tu salah satu petunjuk yang Allah nk bg. Allah bg hint supaya aku bertaubat. mana taw, esok lusa aku dah x de. jgn lpe sedekahkan Al-fatihah dekat aku.

Ya Allah, bila fikir tentang mati ni.. takut sangat. utk insan-insan yang mungkin pernah terluka, kecewa, hampa, marah, benci, dengki, atau sebagainya, di kesempatan ini... nad nak minta maaf sangat2. dari hujung rambut hingga hujung kaki. mungkin juga nad pernah berhutang. hutang makan, minum, pakai, duit, masa, ilmu... mintak halal ye?

TAUBAT. Taubat dari segi bahasa bermaksud kembali. Dari segi istilah pula, kembali kepada Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Taubat dekat sini lebih jelas dengan menyerah diri dengan hati penuh penyesalan yang sungguh-sungguh (kesal, sedih, susah serta menyesal sehingga kau mampu mengalirkan air mata). Hati pula menyesal dgn perbuatan dosa yang kau lakukan itu sehingga anggota-anggota lahir seperti mata, telinga, kepala, kaki, tangan, kemaluan tunduk dan patuh dengan syariat yang Allah telah tetapkan. Dan yang paling penting sekali, kau berjanji dengan diri kau sendiri yang kau tak akan ulang lagi perbuatan tu.

Pada yang rasa nak bertaubat, tapi x tahu mcm mne nk buat, boleh try usha link ni..
https://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-taubat/

sekarang ni sume benda boleh cari gne jari je. x pyh cr ustaz utk ajar. x pyh buang masa, buang tenaga, buang duit. org kata, nak seribu daya, x nak seribu dalih.

apa-apa pon.. rasanya masih belum terlambat utk nad ucapkan SELAMAT BERPUASA buat semua muslimin dan muslimat yang ada dimuka bumi ni. cari lah peluang di bulan yg mulia ni utk buat sebanyak boleh kebaikan dan amal sebagai bekalan di akhirat nnt.