Tuesday, March 6, 2018

Master

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, setelah bertahun lamanya sis meninggalkan laman blog ni, akhirnya harini sis muncul dengan sedikit perkongsian berkenaan master.

Master?
Master Chef ka?
Iddookk leee...

Ni further study punya cherita. saja nak kongsi kot la ada yg tak tahu master ni apa. okay, perkara pertama korang kena tahu, master ni bahasa melayu dia ijazah sarjana. kalau degree dulu, ijazah sarjana muda. ada words "MUDA" ye kawan2.. haha maklumlah, set2 degree ni biasenya generasi muda belia. habis spm, buat A-level ka, asasi ka, matrik ka, diploma ka, stpm ka.... lepaih pada tu buat degree. kre mcm kalo nak sng kerja, kena ada degree. lain kes pulak dgn master, set2 master ni mostly yg range umur dia 30-an.

Hampa taw dak? kelas sis mostly laki org, bapak org. mcm mana nak cari jodoh oooiii... hahaha. gurau aje. tp laki org bapak org tu pon segak2 na. boleh la buat cuci mata kelas 4 jam tu. haha okay nampaknya seorang nadhirah sudah semakin ke laut. Astagfirullahalazim.. moh la kita kembali ke pangkal jalan.

okay, lepas dah tahu master tu apa dlm bahasa melayu, apa yang awk perlu tahu adalah master mempunyai 3 mod iaitu mode A, B dan C.

Mode A = Full research
Mode B = Mix mode (Coursework + disertation)
Mode C = Coursework (Class with exam + project)

okay, now i akan cerita apa yg i tahu dan yg berkaitan dengan hidup i je. mebi uni lain berbeza. sebelum kita further lebih lanjut, sis nk cerita sikit mcm mana sis blh tersambung master nih. hikhik

Nad apply master ni mse nad degree lagi. i've been graduated in Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Perakaunan) dengan kepujian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). masa final sem dulu UPSI ada buat talk "jom sambung master" dimana ada la serba sedikit penerangan yg diberi. masa tu plak, pelajar yang tgh final sem with pointer 3.5 and above boleh teros apply master di uni yg sama sbb walaupon kte x grad lagi, rekod kita ada dkt uni tu. lpstu, mse tu pihak Institusi Pengajian Siswazah (IPS) buat offer utk 50 pengunjung yg hadir, akan diberi no pin master secara percuma which is masa tu kalo x silap no pin tu RM26. wow kan? yg best nya lagi, utk dapatkan master, u cuma kena bayar dalam 5K lebih je yuran pengajian sepanjang 3 sem tu. kalo uni lain RM5K tu mau cover 1 sem je.

okay, master ni boleh dibuat secara full time dan part time. full time ni benefit dye lebih sikit la. dimana kte punya syarat minimum pengajian cuma 3 semester which is dlm setahun stgh je. manakala syarat maximum dia 6 semester. katakan lah sem tu kte fail ke x smpt siap thesis ke.. kte blh extend smpai sem 6. selain itu, full time student blh apply mcm2 biasiswa. cumanya UPSI ni payah sikit nk dpt biasiswa sbb dye education. mostly pemberi biasiswa nak offer pd kos science and math o business something la yang mungkin blh bg benefit dkt dia in future. so, antara biasiswa yang ada yg nad tahu blh apply cuma Hadiah Latihan Pelajaran (HLP) utk pelajar yg dh kerja jd cikgu blh la apply, biasiswa Mybrain15 kena tgk ble kerajaan offer dan Graduate Research Assistant (GRA). yg bestnya UPSI ni, sape dapat Grad on Time (GOT), UPSI akan bayar RM1K dekat pelajar tersebut. tp yg buat research sahaja la. nampak x usaha UPSI nak tarik org supaya naikkan nama UPSI bia setaraf dengan research university.

bila nad dh ada no pin tu, dh register, nad pon dpt la surat tawaran smbng master. masa tu pulak mmg dugaan. nad register master 11/9/17. 8/9/17 nad dpt tahu nad dpt panggilan temuduga SPP pd 14/9/17 dkt Putrajaya. dah la masa tu 11/9/17 tu ayah nk operation mata dkt hosp Selayang sbb ape ntah selaput mata dia terkoyak ke apa. lepastu masa tu nad x berapa nk sehat. mmg Allah uji. tp alhamdulillah nad berjaya tempuhi dgn jayanya. tp yg sedihnya nad masih lagi x posting sbb katanya x de kekosongan. batch nad yg dpt posting cuma yg dkt sabah je. ada hikmahnya nad sambung master ni. x de la nad tanam anggur lama2.

Ijazah Sarjana Pendidikan (Perakaunan) mode B full time student di UPSI n now i'm in semester 2. since nad ambik mode B, nad kena ambik 2 subjek research, 2 subjek education dan 2 subjek akaun berserta 1 disertation bagi melayakkan nad menggenggam segulung ijazah. fakulti akan bg buku panduan senarai subjek yang wajib kita ambik dan subjek yg kita boleh plh ikut kesesuaian kita lah. antara subjek yang kita wajib ambik dlm research adalah research methodology dan applied statistik. 2 sbjek ni mmg wajib utk pelajar yang buat research. skrng dkt UPSI, mod A pon kena attend class utk 2 sbjek ni la tp dyeorng x de final. bnde ni bgs sbnrnye.. ye laa.. supervisor (SV) kita x slalunya ada masa nk guide kita dan kita pon blm tentu ada masa nk g kursus research yg kena byr beratus ratus tu kan.. so, dkt sini UPSI dan pon tlg pelajar-pelajar mereka supaya x tersesat dlm membuat kajian.

sekarang kan nad dah sem 2, sem 1 dulu tamak, ambik sampai 4 subjek. igtkan lecture sama mcm degree dulu. tapi tidak syg syg sekalian. culture shock masa mula2 belaja dulu. dah la ambik sampai 4 sbjek. 1 subjek 4 jam. jenuh lah haaii.. walaupon nad ni full time student, class will be held during weekend sbb ye la, bpe kerat je pon yg ambik full time. rugi la UPSI open kelas utk 2-3 org je. nak tahu x, even kelas dh cmpur dgn part time student, kelas yg nad attend mostly bellow than 10. kecuali kelas sbjek education. hahaha sbb student x ramai. tp kesian la dkt pelajar yg part time. assesment dyeorng sama je mcm student full time. nad x boleh bayang nad buat part time, weekday keje, weekend class. dgn suami dgn anak. assignment lagi. ya Allah, mmg nad salute dkt akak2 n abag2 yg nak sambung master tu.

okay, since sem 1 nad dh ambil 4 sbjek, sem 2 ni nad ambik 2 sbjek je la. sem dpn tnggl disertation. x lama dah lagi. sem 2 ni dh kena start buat proposal supaya dpt la GOT. haaa ! lupa nk habaq, kalo mode B kan ada kelas, ada exam.. syarat lulus bg setiap sbjek adalah B. bellow than B means u are fail n need to repeat again. ni la antara salah 1 punca dulu nad pikir bnyk kali nk teruskan sambung master. bukan apa, kalo yg research plak, 2 kali berturut turut laporan kemajuan kita kurang maju, kte blh diberhentikan serta merta. gila x cuak. org kata biar la kita pergi daripada dihalau. hahaha..

lagi 1 yg nad rasa x yakin adalah environment. dulu mse degree, classmate ramai. 1 kelas paling kurang pon 20 org. mase master ni nad pena ada classmate 5 org je taw. kalo 2 org x dtg, kelas tu cuma ada 3 org je. kau rasa? lepastu.. classmate nad mostly org tua-tua, dah berkejaya, dah berkeluarga. dulu mse degree classmate kte baya-baya kita je. kalau tua o muda, paling comman pon beza 3 thn. yg x boleh belah kan? classmate nad tu, lecturer kawan baik nad masa dekat matrik dulu.. hahaha kelakar x? nasib baik lecturer KMM x smbung master.

kalo taakkk.... classmateku lecturerku. HAHAHA...

antara sbb lain nad culture shock adalah mostly kelas nad kena speaking. belajar in english. nad x nafikan nad mmg lambat sikit ble lecture in english. nad kena extra focus dlm kelas kalo x mst miss bnyk bnde. tp tu x mnjd masalah. nama pon belajar kan. yg jd msalah ble nk communicate dgn classmate yg international students. kita ni bi dh la x power mana. dpt plak yg cm x paham sgt apa kita ckp. kita ckp A, dia ckp B. lpstu kne bt groupwork.. Allah.. pengsan mak ! haha.. tp bgs la. time ni la kte nk bersosial kn? kalo x, selamanya lah Azza tu je kwn nad.

Azza tu roomate nad. coursemate mse zaman degree dulu. yg smbung master batch kteorng cuma Nad, Azza dgn Amy. tp amy dh keje. dye plak buat full research. kre x menetap dkt sni la. tu yg mcm x de kwn sgt. kalo azza x de, sunyi la hidup nad. mmg x pena lagi gaduh haha sbb ye la kalo gaduh nt nk ngadu dkt spe.. dia je kwn yg ada. sedih kan? awl2 tu cm depress jgak la. tp ble pikir2 balik, this is what i want ! x challenge la hidup kalau x de cabaran kan?

herm.. apa lagi ek nak cerita psl master ni?

itu sahaja lah utk hari ini. jika ada sebarang pertanyaan, blh leave a comment. tq.