Thursday, May 28, 2020

E-day M&N

Assalamualaikum and haaiii !!!

~ SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN ~
Dengan ingatan tulus ikhlas daripada :
Cik Bunga @ Nad

 5 Syawal 1441H


Sebenarnya nad dah tulis mukadimah n dh upload semua gambar tunang mlm td. tapi bateri laptop i ni not functionning, so nad cabut n i let my lappy into a sleep mode. i thought today i nak sambung story la. tibe start td tgk diiiaaa taaakkk saaavvvee ! so i decided to make it as short as i can.

Agenda : Engagement Day Esmayus & Nadhirah 
Date : 14th March 2020 (Saturday)
Time : 12.00pm-2.00pm
Location : Taman Seri Waja, Kg Jawa, Segamat


Pelamin deco by Razif n Aminatuz my bestie. Since masa majlis nikah Najwa haritu Razif baik hati bg i pinjam a few barang pelamin mak dia, dia pon baik hati nak deco mini pelamin utk majlis tunang i. Cuma haritu bila mcm kata nk tunang, razif org pertama i bgtaw sbb nad ada tnya dia ada x kerusi utk dduk sarung cincin.. rumah nad punya kerusi ni mcm x sesuai buat dduk sarung cincin. plus x de bilik dkt tingkat bawah. razif kata dia x de kerusi panjang, tp dia try mintak sewa dgn kwn mak dia. katanya blh dpt murah. so utk mini pelamin ni nad cuma byr sewa kerusi tu je la wich is RM120. nad dh ckp dgn razif yg murah2 je x nk yg mahal2.. awal2 haritu dia kata RM50 blh dpt. tibeee haha terbeliak mata sat. lbh 3x ganda dari bajet asal.


Ok, tang hantaran pulak, pihak lelaki bagi perempuan 5 dulang :
1. Sireh & cincin
2. Kain pasang & lace
3. Towel
4. Buah
5. Kek

Yang nad pon sedia 5 dulang. sng nnt just tkr barang je. x yah tukar2 dulang. dulang ni pinjam nong (makcik nad, adik ma). ucu (makcik nad, adik ma) dulu beli masa majlis kawin ke tunang anak dia. lpstu dye offer dkt nong sbb konon igt next majlis tu si koda, ank nong. Walaupon 5 dulang tp nad bg 7 barang. ikut adat la. org perempuan kena bg org lelaki lebih. n jumlah dua2 pihak bg mst lah angka yg ganjil. Btw, hantaran ni i gubah sendiri. haha actually nk mintak ucu gubah, tp ye la dia dh sebok dgn cucu, payah dah nk mintak tlg. so nad buat la sendiri. simple semua letak je, haha..


So... barang pihak perempuan bagi lelaki :
1. Baju melayu & sampin
2. Al-quran
3. Sejadah
4. Cupcake
5. Coklat
6. Buah
7. Kek


Tak ada gambar sharp nmpak jelas semua hantaran ni. Igtkan hire photographer import dari USA (yasmin, anak buah sulong i) jd lawa la gambarnya.. haha hampeh betol. tp ok la. guna DSLR along yg dah lama x guna katanya. photographernya pon x berbayar. so time org lain makan, dia pon bedal makan sama. haha..




Ni look masa tunang haritu, Kak saila (wife abg din, aka akak ipar nad) yg makeupkan. masa nad g dinner dgn akk dulu dye pernah volunteer nk makeupkan. n masa najwa nikah pon dia yg makeupkan. tnya dia, dia kata boleh je makeupkan so nad soh dye makeup la. tp dye makeup over n mcm kelakar la pd nad.. mana yg nad x ske nad padam n tacap sendiri. x plan pon nk bermakeup bagai. coz my plan was not like this. nad plan cuma merisik je. x de pelamin, x de hantaran, x de goodies, n just 1 cincin je. dah everyhin twist 360 degree sbb ye la, benda2 ni bukan ko je yg buat keputusan.. keputusan akan dipengaruhi oleh keputusan parents n adik beradik jugk. so, dari asalnya cuma merisik (yg blh cut cost, time n energy) tiba jadi majlis bertunang yg kau cuma ada masa lbh kurang 10 hari je utk buat all the preparation.

oh ye ! baju tu baju pinjam. hahaha baju kak saila masa nikah dgn abg din dulu. mcm yg nad ckp sblm ni laa.. bnde ni x ikut plan nad. plan nad i just wear a simple baju kurung je. bajet2 duduk dapur buat air gittew.. dah kalau bertunang mmg kena dok bilik la. nk sarung cincin baru turun.

Untuk goodies pulak, ada 2 kategori. 1 dewasa 1 kanak2..

Goodies kanak2 nad beli dkt cowboy je dlm tu letak
1. mentos yg panjang tu tp size kecik 2
2. lolipop star 1
3. mami 1

Goodies org dewasa :
1. kerepek pisang (ziplock)
2. kerepek ubi (ziplock)
3. air kotak

psl goodies ni pon sebenarnya ada cerita dia. tp mcm x rajin pulak nk cerita. lgpon i'll try to make it a short story right? lgpon 1 xde gmbar goodies. photographer x snap..


Makanan, semua mektam yg sediakan. Menu :
1. Nasi putih
2. Ulam-ulam
3. Sambal belacan
4. Ayam ungkep
5. Ikan asam pedas
6. Bubur pulut hitam
7. Buah tembikai & jambu batu
8. Air teh o (kot)
9. Air jelly koktail
10. kuih bingka ada 2 jenis yg beli
11. Rempeyek

Haa ni apa yg nad igt la. haha sbb masa tu mkn x mkn je ha. mayus lagi sedih, blh dia x mkn. sabo je la. nad pon lpe nk tnya dia dh mkn blm. tp dye cte ada je yg ajk2 dye mkn. cuma dye kata nnt la..



Ni gambar daripada pihak mayus. nad suruh park dkt padang dpn rumah ni. rombongan nya sampai 50 org. haha jem btl. dah mcm nk g majlis nikah kan? penuh rumah nad. dgn ayahnya x nak pasang khemah. dah nad x jemput pon makcik2 sepupu sedara semua. tkot x muat.. tp org yg berkaitan nad jemput la. mcm nong (pinjam dulang), ucu (order kerepek goodies), mektam (tukang masak). mekla ma jemput lambat sbb x de contact dia pon. tp tu laa.. dia x dpt dtg pon. 


majlis nad adk beradik nad yg ada 3 org xde.. uda, abg p n abg eg. uda mmg plan nk blk. dye plan nk blk subuh sabtu tu. tiba sekolah asrama Ammar call bgtaw kol 11 mlm jumaat tu yg pelajar semua diminta pulang kes covid19 ni la. lpstu ammar gerak blk dr sekolah dia sampai rumah uda dh kol 12 tghari. drive blk sni sampai kol 3. haha rombongan semua dh blk majlis dh selesai dia br sampai. tp bgsnya uda, dia tetap blk walaupon dia tahu time dye smpai tu mjlis dh selesai.

14hb tu sebenarnya start cuti sekolah. so msing2 sebenarnya dah ada plan. mcm along, ptutnya blk langkawi. tp dye x blk gigih attend majlis nad dengan x de kretanya. dia g pinjam kreta kwn dia. kak ti, sufi, qaseh n medina dah selamat dkt lngkwi khmis tu. nad announce dlm group family pon a week before majlis. abg p dh booking semua nk g terengganu. bercuti. dia g dgn mekla. tp x ckp pon dkt nad yg dia bercuti dgn mekla. alasan dia.. dah janji dgn dania n kwn kak lily. but, it's ok.. sbb nad taw dye pon serba slh. ada la 2-3 kali dia call tnya cmne preparation.

abg eg pulak, tbe dpt notis seminggu utk clearkan rumah yg dia sewa tu. silap dia jugak la sbb x renew kontrak. abg eg ni pon siap dh beria beli baju sbb nad bgtaw dlm group tema coklat. ada la shade yg nad bg kalau x de wrna coklat, wrna kuning ke peach ke ok je tshirt pon ok sbb ye la bgtaw last mnt kn. akk pon ada mjlis kenduri kawin belah abg zam patotnya. ble dye ckp gitu nad pon cm kecik hati la juga. dia pentingkan family angkat abg zam dari adik sendiri. so mmg preparation sume mmg x de tnya2 dia ke ajak2 dye tmn cr brng. mmg g beli2 brng sume razif n fina yg ajk. masa mula2 taw ramai yg x blh ada tu nad agak kecewa jugak la. tp nk buat mcm mana. bukan sng nk kumpul semua sekali.

nad sebenarnya nak la semua adk beradik nad ada. semua adik beradik mayus ada. nad boleh berkenalan n dye pon blh kenal dgn semua family nad. taaruf kan.. berkahwin ni kena cari yg sekufu. kalau rasa x kena, masa bertunang ni la blh decide nk proceed ke nk cancel.


Ni gambar belah mayus la. haha tp bukan adk beradik mayus. yg beria nk gambar dgn nad akk ipar dia tu. habis dia ajak semua.. tp x semua masuk sbb snap pon masa dh nak blk. alhmdulillah, semua nampaknya terima nad seadanya. tgk makcik2 dia nak la bersembang dgn nad.


cincin merisik


cincin tunang


love this shoot. 

With akward feeling. tiba2 mcm nak dapat mak baru. tp alhmdulillah, nad tgk mak mayus ni syg nad mcm ank dia sendiri. selesai je acara sarung cincin, dia pulak dari jauh panggil nad suruh salam2 makcik2 mayus... haha mak i pon x de suruh taw. masa g rumah mayus dgn kwn2 pon, salam dia mst dia tarik soh cium pp dia.


muka manyak senyyuumm.. how happy i am. tp disebalik senyuman tu.. kau tak tahu getarannya. terketar ketar jari masa mak dia nk sarung cincin tu..

sory cerita n gamba x ikut susunan cerita. sbb nk ringkas je kan. cuma masa tu majlis mmg berlansung kejap gila. nad jd bdebar sbb x bpe nk ready. igtkn dyeorng bincang lama.. tbe dlm 5 mnt gitu dh pnggil nad trun. nad masa tu tgh kilatkan kuku bagai knon nk hilangkan nebes. plus nak make sure time sarung cincin, kuku i nampak lawa dlm gambar. haha hampeh. br buat 2 jari dh kena turun. akk la panggil pimpin nad. ada banyak sebenarnya nk cerita.. mcm mne blh ttbe nk merisik, bertunang. mcm mne preparation sebelum n selepas. but i think this is enough to remember.

doakan semoga urusan pernikahan nad dgn mayus dipermudahkan. semoga hubungan ni berkekalan hingga ke syurga. semoga nad mampu jadi isteri dan ibu yg solehah. semoga bakal imam nad pon mmpu jadi pemimpin yg soleh, amanah, bertanggungjawab, penyayang, pemurah dan segala sifat yg baik2 yg Allah suka. Aamiin..