Thursday, May 28, 2020

E-day M&N

Assalamualaikum and haaiii !!!

~ SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN ~
Dengan ingatan tulus ikhlas daripada :
Cik Bunga @ Nad

 5 Syawal 1441H


Sebenarnya nad dah tulis mukadimah n dh upload semua gambar tunang mlm td. tapi bateri laptop i ni not functionning, so nad cabut n i let my lappy into a sleep mode. i thought today i nak sambung story la. tibe start td tgk diiiaaa taaakkk saaavvvee ! so i decided to make it as short as i can.

Agenda : Engagement Day Esmayus & Nadhirah 
Date : 14th March 2020 (Saturday)
Time : 12.00pm-2.00pm
Location : Taman Seri Waja, Kg Jawa, Segamat


Pelamin deco by Razif n Aminatuz my bestie. Since masa majlis nikah Najwa haritu Razif baik hati bg i pinjam a few barang pelamin mak dia, dia pon baik hati nak deco mini pelamin utk majlis tunang i. Cuma haritu bila mcm kata nk tunang, razif org pertama i bgtaw sbb nad ada tnya dia ada x kerusi utk dduk sarung cincin.. rumah nad punya kerusi ni mcm x sesuai buat dduk sarung cincin. plus x de bilik dkt tingkat bawah. razif kata dia x de kerusi panjang, tp dia try mintak sewa dgn kwn mak dia. katanya blh dpt murah. so utk mini pelamin ni nad cuma byr sewa kerusi tu je la wich is RM120. nad dh ckp dgn razif yg murah2 je x nk yg mahal2.. awal2 haritu dia kata RM50 blh dpt. tibeee haha terbeliak mata sat. lbh 3x ganda dari bajet asal.


Ok, tang hantaran pulak, pihak lelaki bagi perempuan 5 dulang :
1. Sireh & cincin
2. Kain pasang & lace
3. Towel
4. Buah
5. Kek

Yang nad pon sedia 5 dulang. sng nnt just tkr barang je. x yah tukar2 dulang. dulang ni pinjam nong (makcik nad, adik ma). ucu (makcik nad, adik ma) dulu beli masa majlis kawin ke tunang anak dia. lpstu dye offer dkt nong sbb konon igt next majlis tu si koda, ank nong. Walaupon 5 dulang tp nad bg 7 barang. ikut adat la. org perempuan kena bg org lelaki lebih. n jumlah dua2 pihak bg mst lah angka yg ganjil. Btw, hantaran ni i gubah sendiri. haha actually nk mintak ucu gubah, tp ye la dia dh sebok dgn cucu, payah dah nk mintak tlg. so nad buat la sendiri. simple semua letak je, haha..


So... barang pihak perempuan bagi lelaki :
1. Baju melayu & sampin
2. Al-quran
3. Sejadah
4. Cupcake
5. Coklat
6. Buah
7. Kek


Tak ada gambar sharp nmpak jelas semua hantaran ni. Igtkan hire photographer import dari USA (yasmin, anak buah sulong i) jd lawa la gambarnya.. haha hampeh betol. tp ok la. guna DSLR along yg dah lama x guna katanya. photographernya pon x berbayar. so time org lain makan, dia pon bedal makan sama. haha..




Ni look masa tunang haritu, Kak saila (wife abg din, aka akak ipar nad) yg makeupkan. masa nad g dinner dgn akk dulu dye pernah volunteer nk makeupkan. n masa najwa nikah pon dia yg makeupkan. tnya dia, dia kata boleh je makeupkan so nad soh dye makeup la. tp dye makeup over n mcm kelakar la pd nad.. mana yg nad x ske nad padam n tacap sendiri. x plan pon nk bermakeup bagai. coz my plan was not like this. nad plan cuma merisik je. x de pelamin, x de hantaran, x de goodies, n just 1 cincin je. dah everyhin twist 360 degree sbb ye la, benda2 ni bukan ko je yg buat keputusan.. keputusan akan dipengaruhi oleh keputusan parents n adik beradik jugk. so, dari asalnya cuma merisik (yg blh cut cost, time n energy) tiba jadi majlis bertunang yg kau cuma ada masa lbh kurang 10 hari je utk buat all the preparation.

oh ye ! baju tu baju pinjam. hahaha baju kak saila masa nikah dgn abg din dulu. mcm yg nad ckp sblm ni laa.. bnde ni x ikut plan nad. plan nad i just wear a simple baju kurung je. bajet2 duduk dapur buat air gittew.. dah kalau bertunang mmg kena dok bilik la. nk sarung cincin baru turun.

Untuk goodies pulak, ada 2 kategori. 1 dewasa 1 kanak2..

Goodies kanak2 nad beli dkt cowboy je dlm tu letak
1. mentos yg panjang tu tp size kecik 2
2. lolipop star 1
3. mami 1

Goodies org dewasa :
1. kerepek pisang (ziplock)
2. kerepek ubi (ziplock)
3. air kotak

psl goodies ni pon sebenarnya ada cerita dia. tp mcm x rajin pulak nk cerita. lgpon i'll try to make it a short story right? lgpon 1 xde gmbar goodies. photographer x snap..


Makanan, semua mektam yg sediakan. Menu :
1. Nasi putih
2. Ulam-ulam
3. Sambal belacan
4. Ayam ungkep
5. Ikan asam pedas
6. Bubur pulut hitam
7. Buah tembikai & jambu batu
8. Air teh o (kot)
9. Air jelly koktail
10. kuih bingka ada 2 jenis yg beli
11. Rempeyek

Haa ni apa yg nad igt la. haha sbb masa tu mkn x mkn je ha. mayus lagi sedih, blh dia x mkn. sabo je la. nad pon lpe nk tnya dia dh mkn blm. tp dye cte ada je yg ajk2 dye mkn. cuma dye kata nnt la..



Ni gambar daripada pihak mayus. nad suruh park dkt padang dpn rumah ni. rombongan nya sampai 50 org. haha jem btl. dah mcm nk g majlis nikah kan? penuh rumah nad. dgn ayahnya x nak pasang khemah. dah nad x jemput pon makcik2 sepupu sedara semua. tkot x muat.. tp org yg berkaitan nad jemput la. mcm nong (pinjam dulang), ucu (order kerepek goodies), mektam (tukang masak). mekla ma jemput lambat sbb x de contact dia pon. tp tu laa.. dia x dpt dtg pon. 


majlis nad adk beradik nad yg ada 3 org xde.. uda, abg p n abg eg. uda mmg plan nk blk. dye plan nk blk subuh sabtu tu. tiba sekolah asrama Ammar call bgtaw kol 11 mlm jumaat tu yg pelajar semua diminta pulang kes covid19 ni la. lpstu ammar gerak blk dr sekolah dia sampai rumah uda dh kol 12 tghari. drive blk sni sampai kol 3. haha rombongan semua dh blk majlis dh selesai dia br sampai. tp bgsnya uda, dia tetap blk walaupon dia tahu time dye smpai tu mjlis dh selesai.

14hb tu sebenarnya start cuti sekolah. so msing2 sebenarnya dah ada plan. mcm along, ptutnya blk langkawi. tp dye x blk gigih attend majlis nad dengan x de kretanya. dia g pinjam kreta kwn dia. kak ti, sufi, qaseh n medina dah selamat dkt lngkwi khmis tu. nad announce dlm group family pon a week before majlis. abg p dh booking semua nk g terengganu. bercuti. dia g dgn mekla. tp x ckp pon dkt nad yg dia bercuti dgn mekla. alasan dia.. dah janji dgn dania n kwn kak lily. but, it's ok.. sbb nad taw dye pon serba slh. ada la 2-3 kali dia call tnya cmne preparation.

abg eg pulak, tbe dpt notis seminggu utk clearkan rumah yg dia sewa tu. silap dia jugak la sbb x renew kontrak. abg eg ni pon siap dh beria beli baju sbb nad bgtaw dlm group tema coklat. ada la shade yg nad bg kalau x de wrna coklat, wrna kuning ke peach ke ok je tshirt pon ok sbb ye la bgtaw last mnt kn. akk pon ada mjlis kenduri kawin belah abg zam patotnya. ble dye ckp gitu nad pon cm kecik hati la juga. dia pentingkan family angkat abg zam dari adik sendiri. so mmg preparation sume mmg x de tnya2 dia ke ajak2 dye tmn cr brng. mmg g beli2 brng sume razif n fina yg ajk. masa mula2 taw ramai yg x blh ada tu nad agak kecewa jugak la. tp nk buat mcm mana. bukan sng nk kumpul semua sekali.

nad sebenarnya nak la semua adk beradik nad ada. semua adik beradik mayus ada. nad boleh berkenalan n dye pon blh kenal dgn semua family nad. taaruf kan.. berkahwin ni kena cari yg sekufu. kalau rasa x kena, masa bertunang ni la blh decide nk proceed ke nk cancel.


Ni gambar belah mayus la. haha tp bukan adk beradik mayus. yg beria nk gambar dgn nad akk ipar dia tu. habis dia ajak semua.. tp x semua masuk sbb snap pon masa dh nak blk. alhmdulillah, semua nampaknya terima nad seadanya. tgk makcik2 dia nak la bersembang dgn nad.


cincin merisik


cincin tunang


love this shoot. 

With akward feeling. tiba2 mcm nak dapat mak baru. tp alhmdulillah, nad tgk mak mayus ni syg nad mcm ank dia sendiri. selesai je acara sarung cincin, dia pulak dari jauh panggil nad suruh salam2 makcik2 mayus... haha mak i pon x de suruh taw. masa g rumah mayus dgn kwn2 pon, salam dia mst dia tarik soh cium pp dia.


muka manyak senyyuumm.. how happy i am. tp disebalik senyuman tu.. kau tak tahu getarannya. terketar ketar jari masa mak dia nk sarung cincin tu..

sory cerita n gamba x ikut susunan cerita. sbb nk ringkas je kan. cuma masa tu majlis mmg berlansung kejap gila. nad jd bdebar sbb x bpe nk ready. igtkn dyeorng bincang lama.. tbe dlm 5 mnt gitu dh pnggil nad trun. nad masa tu tgh kilatkan kuku bagai knon nk hilangkan nebes. plus nak make sure time sarung cincin, kuku i nampak lawa dlm gambar. haha hampeh. br buat 2 jari dh kena turun. akk la panggil pimpin nad. ada banyak sebenarnya nk cerita.. mcm mne blh ttbe nk merisik, bertunang. mcm mne preparation sebelum n selepas. but i think this is enough to remember.

doakan semoga urusan pernikahan nad dgn mayus dipermudahkan. semoga hubungan ni berkekalan hingga ke syurga. semoga nad mampu jadi isteri dan ibu yg solehah. semoga bakal imam nad pon mmpu jadi pemimpin yg soleh, amanah, bertanggungjawab, penyayang, pemurah dan segala sifat yg baik2 yg Allah suka. Aamiin..

Tuesday, March 6, 2018

Master

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, setelah bertahun lamanya sis meninggalkan laman blog ni, akhirnya harini sis muncul dengan sedikit perkongsian berkenaan master.

Master?
Master Chef ka?
Iddookk leee...

Ni further study punya cherita. saja nak kongsi kot la ada yg tak tahu master ni apa. okay, perkara pertama korang kena tahu, master ni bahasa melayu dia ijazah sarjana. kalau degree dulu, ijazah sarjana muda. ada words "MUDA" ye kawan2.. haha maklumlah, set2 degree ni biasenya generasi muda belia. habis spm, buat A-level ka, asasi ka, matrik ka, diploma ka, stpm ka.... lepaih pada tu buat degree. kre mcm kalo nak sng kerja, kena ada degree. lain kes pulak dgn master, set2 master ni mostly yg range umur dia 30-an.

Hampa taw dak? kelas sis mostly laki org, bapak org. mcm mana nak cari jodoh oooiii... hahaha. gurau aje. tp laki org bapak org tu pon segak2 na. boleh la buat cuci mata kelas 4 jam tu. haha okay nampaknya seorang nadhirah sudah semakin ke laut. Astagfirullahalazim.. moh la kita kembali ke pangkal jalan.

okay, lepas dah tahu master tu apa dlm bahasa melayu, apa yang awk perlu tahu adalah master mempunyai 3 mod iaitu mode A, B dan C.

Mode A = Full research
Mode B = Mix mode (Coursework + disertation)
Mode C = Coursework (Class with exam + project)

okay, now i akan cerita apa yg i tahu dan yg berkaitan dengan hidup i je. mebi uni lain berbeza. sebelum kita further lebih lanjut, sis nk cerita sikit mcm mana sis blh tersambung master nih. hikhik

Nad apply master ni mse nad degree lagi. i've been graduated in Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Perakaunan) dengan kepujian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). masa final sem dulu UPSI ada buat talk "jom sambung master" dimana ada la serba sedikit penerangan yg diberi. masa tu plak, pelajar yang tgh final sem with pointer 3.5 and above boleh teros apply master di uni yg sama sbb walaupon kte x grad lagi, rekod kita ada dkt uni tu. lpstu, mse tu pihak Institusi Pengajian Siswazah (IPS) buat offer utk 50 pengunjung yg hadir, akan diberi no pin master secara percuma which is masa tu kalo x silap no pin tu RM26. wow kan? yg best nya lagi, utk dapatkan master, u cuma kena bayar dalam 5K lebih je yuran pengajian sepanjang 3 sem tu. kalo uni lain RM5K tu mau cover 1 sem je.

okay, master ni boleh dibuat secara full time dan part time. full time ni benefit dye lebih sikit la. dimana kte punya syarat minimum pengajian cuma 3 semester which is dlm setahun stgh je. manakala syarat maximum dia 6 semester. katakan lah sem tu kte fail ke x smpt siap thesis ke.. kte blh extend smpai sem 6. selain itu, full time student blh apply mcm2 biasiswa. cumanya UPSI ni payah sikit nk dpt biasiswa sbb dye education. mostly pemberi biasiswa nak offer pd kos science and math o business something la yang mungkin blh bg benefit dkt dia in future. so, antara biasiswa yang ada yg nad tahu blh apply cuma Hadiah Latihan Pelajaran (HLP) utk pelajar yg dh kerja jd cikgu blh la apply, biasiswa Mybrain15 kena tgk ble kerajaan offer dan Graduate Research Assistant (GRA). yg bestnya UPSI ni, sape dapat Grad on Time (GOT), UPSI akan bayar RM1K dekat pelajar tersebut. tp yg buat research sahaja la. nampak x usaha UPSI nak tarik org supaya naikkan nama UPSI bia setaraf dengan research university.

bila nad dh ada no pin tu, dh register, nad pon dpt la surat tawaran smbng master. masa tu pulak mmg dugaan. nad register master 11/9/17. 8/9/17 nad dpt tahu nad dpt panggilan temuduga SPP pd 14/9/17 dkt Putrajaya. dah la masa tu 11/9/17 tu ayah nk operation mata dkt hosp Selayang sbb ape ntah selaput mata dia terkoyak ke apa. lepastu masa tu nad x berapa nk sehat. mmg Allah uji. tp alhamdulillah nad berjaya tempuhi dgn jayanya. tp yg sedihnya nad masih lagi x posting sbb katanya x de kekosongan. batch nad yg dpt posting cuma yg dkt sabah je. ada hikmahnya nad sambung master ni. x de la nad tanam anggur lama2.

Ijazah Sarjana Pendidikan (Perakaunan) mode B full time student di UPSI n now i'm in semester 2. since nad ambik mode B, nad kena ambik 2 subjek research, 2 subjek education dan 2 subjek akaun berserta 1 disertation bagi melayakkan nad menggenggam segulung ijazah. fakulti akan bg buku panduan senarai subjek yang wajib kita ambik dan subjek yg kita boleh plh ikut kesesuaian kita lah. antara subjek yang kita wajib ambik dlm research adalah research methodology dan applied statistik. 2 sbjek ni mmg wajib utk pelajar yang buat research. skrng dkt UPSI, mod A pon kena attend class utk 2 sbjek ni la tp dyeorng x de final. bnde ni bgs sbnrnye.. ye laa.. supervisor (SV) kita x slalunya ada masa nk guide kita dan kita pon blm tentu ada masa nk g kursus research yg kena byr beratus ratus tu kan.. so, dkt sini UPSI dan pon tlg pelajar-pelajar mereka supaya x tersesat dlm membuat kajian.

sekarang kan nad dah sem 2, sem 1 dulu tamak, ambik sampai 4 subjek. igtkan lecture sama mcm degree dulu. tapi tidak syg syg sekalian. culture shock masa mula2 belaja dulu. dah la ambik sampai 4 sbjek. 1 subjek 4 jam. jenuh lah haaii.. walaupon nad ni full time student, class will be held during weekend sbb ye la, bpe kerat je pon yg ambik full time. rugi la UPSI open kelas utk 2-3 org je. nak tahu x, even kelas dh cmpur dgn part time student, kelas yg nad attend mostly bellow than 10. kecuali kelas sbjek education. hahaha sbb student x ramai. tp kesian la dkt pelajar yg part time. assesment dyeorng sama je mcm student full time. nad x boleh bayang nad buat part time, weekday keje, weekend class. dgn suami dgn anak. assignment lagi. ya Allah, mmg nad salute dkt akak2 n abag2 yg nak sambung master tu.

okay, since sem 1 nad dh ambil 4 sbjek, sem 2 ni nad ambik 2 sbjek je la. sem dpn tnggl disertation. x lama dah lagi. sem 2 ni dh kena start buat proposal supaya dpt la GOT. haaa ! lupa nk habaq, kalo mode B kan ada kelas, ada exam.. syarat lulus bg setiap sbjek adalah B. bellow than B means u are fail n need to repeat again. ni la antara salah 1 punca dulu nad pikir bnyk kali nk teruskan sambung master. bukan apa, kalo yg research plak, 2 kali berturut turut laporan kemajuan kita kurang maju, kte blh diberhentikan serta merta. gila x cuak. org kata biar la kita pergi daripada dihalau. hahaha..

lagi 1 yg nad rasa x yakin adalah environment. dulu mse degree, classmate ramai. 1 kelas paling kurang pon 20 org. mase master ni nad pena ada classmate 5 org je taw. kalo 2 org x dtg, kelas tu cuma ada 3 org je. kau rasa? lepastu.. classmate nad mostly org tua-tua, dah berkejaya, dah berkeluarga. dulu mse degree classmate kte baya-baya kita je. kalau tua o muda, paling comman pon beza 3 thn. yg x boleh belah kan? classmate nad tu, lecturer kawan baik nad masa dekat matrik dulu.. hahaha kelakar x? nasib baik lecturer KMM x smbung master.

kalo taakkk.... classmateku lecturerku. HAHAHA...

antara sbb lain nad culture shock adalah mostly kelas nad kena speaking. belajar in english. nad x nafikan nad mmg lambat sikit ble lecture in english. nad kena extra focus dlm kelas kalo x mst miss bnyk bnde. tp tu x mnjd masalah. nama pon belajar kan. yg jd msalah ble nk communicate dgn classmate yg international students. kita ni bi dh la x power mana. dpt plak yg cm x paham sgt apa kita ckp. kita ckp A, dia ckp B. lpstu kne bt groupwork.. Allah.. pengsan mak ! haha.. tp bgs la. time ni la kte nk bersosial kn? kalo x, selamanya lah Azza tu je kwn nad.

Azza tu roomate nad. coursemate mse zaman degree dulu. yg smbung master batch kteorng cuma Nad, Azza dgn Amy. tp amy dh keje. dye plak buat full research. kre x menetap dkt sni la. tu yg mcm x de kwn sgt. kalo azza x de, sunyi la hidup nad. mmg x pena lagi gaduh haha sbb ye la kalo gaduh nt nk ngadu dkt spe.. dia je kwn yg ada. sedih kan? awl2 tu cm depress jgak la. tp ble pikir2 balik, this is what i want ! x challenge la hidup kalau x de cabaran kan?

herm.. apa lagi ek nak cerita psl master ni?

itu sahaja lah utk hari ini. jika ada sebarang pertanyaan, blh leave a comment. tq.


Thursday, June 16, 2016

TAUBAT


Assalamualaikum...

Kenapa Allah masih hidupkan aku hari ini?
........kerana dosaku terlalu banyak dan Allah masih izinkan aku untuk bertaubat.

Di bulan yang mulia ni.. cubalah bertaubat. kita ni manusia, x sempurna. kalau kita x buat silap dengan Allah, mungkin kita ada buat silap dengan manusia. kadang2 kita tak tahu yg percakapan kita ni sedikit sebanyak telah menggores hati insan lain. who knows?

Aku sendiri x nafikan.. aku banyak dosa. dosa dengan Allah terutamanya. Allah, takut kadang2 bila fikir diri ni mcm lebih layak ke neraka daripada ke syurga. tapi... percayalah. Allah tu Maha Penerima Taubat, Maha Pengampun. Allah tu Maha Penyayang.. kau buat la silap besar mana pun, kalau kau bertaubat dengan sepenuh hati, In Shaa Allah, Allah terima taubat kau.

Suatu malam tu.. ada aku mimpi mcm kejadian kiamat. masa tu dekat rumah Segamat. ALLAH. Gambaran dia sangat menakutkan. walaupun mmp tu mcm ala ala cite The Hungger Game. sebabnya... dlm aku merasa ketakutan dan lari mencari sejadah utk bertaubat, tiba-tiba mcm ada peghadang yang menghalang kejadian kiamat tu dari sampai ke arah aku.

mmg mcm x logik. org mesti akan kata, pengaruh Hungger Game. bnyk sgt tgk TV... x.. sungguh x. sbb mse tu aku x de tgk tv langsung, aku x de pikir langsung mcm na kiamat ke apa, tiba-tibe je mmp tu datang. aku rasa, tu salah satu petunjuk yang Allah nk bg. Allah bg hint supaya aku bertaubat. mana taw, esok lusa aku dah x de. jgn lpe sedekahkan Al-fatihah dekat aku.

Ya Allah, bila fikir tentang mati ni.. takut sangat. utk insan-insan yang mungkin pernah terluka, kecewa, hampa, marah, benci, dengki, atau sebagainya, di kesempatan ini... nad nak minta maaf sangat2. dari hujung rambut hingga hujung kaki. mungkin juga nad pernah berhutang. hutang makan, minum, pakai, duit, masa, ilmu... mintak halal ye?

TAUBAT. Taubat dari segi bahasa bermaksud kembali. Dari segi istilah pula, kembali kepada Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Taubat dekat sini lebih jelas dengan menyerah diri dengan hati penuh penyesalan yang sungguh-sungguh (kesal, sedih, susah serta menyesal sehingga kau mampu mengalirkan air mata). Hati pula menyesal dgn perbuatan dosa yang kau lakukan itu sehingga anggota-anggota lahir seperti mata, telinga, kepala, kaki, tangan, kemaluan tunduk dan patuh dengan syariat yang Allah telah tetapkan. Dan yang paling penting sekali, kau berjanji dengan diri kau sendiri yang kau tak akan ulang lagi perbuatan tu.

Pada yang rasa nak bertaubat, tapi x tahu mcm mne nk buat, boleh try usha link ni..
https://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-taubat/

sekarang ni sume benda boleh cari gne jari je. x pyh cr ustaz utk ajar. x pyh buang masa, buang tenaga, buang duit. org kata, nak seribu daya, x nak seribu dalih.

apa-apa pon.. rasanya masih belum terlambat utk nad ucapkan SELAMAT BERPUASA buat semua muslimin dan muslimat yang ada dimuka bumi ni. cari lah peluang di bulan yg mulia ni utk buat sebanyak boleh kebaikan dan amal sebagai bekalan di akhirat nnt.




Sunday, January 17, 2016

Magrib

Assalamualaikum and hai !

Memandangkan sekarang ni tengah mood cuti sem, so i would like spend some time untuk UPDATE blog yang sememangnya semakin berhabuk nih. well, hidup sebagai student ni bukan lah suatu yang mudah. semakin kita membesar, semakin banyak dan semakin besar cabaran yang bakal kita hadapi..

semalam ada lah scroll dekat FB berkaitan " Waktu Maghrib Ttutuplah Pintu". satu info yang nad baru tahu dan nad aplikasikan. annnndddd.....

u know what? memang nad rasa perubahan tu.

sebelum nad baca benda tu dekat FB, nad ada juga la diberitahu oleh... hehe Encik Abang kita bahawa.... "bila kita tutup pintu/tingkap pada waktu magrib atau.... orang dulu dulu kata waktu senja, syaitan ni dye akan terpantul balik. maksudnya bila kita tutp pintu/tingkap, ia ibarat cermin.. syaitan tu akan terpantul balik walaupon secara teorinya kita tahu syaitan ni dia boleh je tembus dinding ke rumah ke apa. sebab tu lah org tua-tua pesan, waktu magrib tutup pintu/tingkap. jangan keluar rumah. balik sebelum magrib. ada la sebab sebab dia"

pada orang lain mungkin benda ni dah biase dengar. tapi pada nad.... i'm not used to be. sebab... memanglah ma ada pesan masa kecik2 dulu benda2 tu sume.. cuma nya... ye lah, apa apa pon yang kita buat, there's must be a reason behind it right? dan... sebab sebab tu nad baru je tahu bila umur da cecah 22 tahun. see? betapa ceteknya ilmu yang nad ada.

lecturer math nad dkt UPSI ni selalu cakap. mathematic ni saling berkait denan kehidupan seharian kita. sebagai contoh... kita belajar jarak, circle, geometric n so on... semua tu untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian kita. dia selalu cakap, "awak tak tanya ke cikgu2 awak dulu.. kenapa kita belajar tu, kenapa kita belajar ni". even pecahan pon ada dia terangkan secara logik kenapa tambah x perlu samakan pembawah, tapi darab perlu samakan pembawah. nad suka belajar something yang related to my life. bukan sekadar belajar untuk periksa je.

ooopppsss... hehe.. tersasar jauh dah ni. okay, ni nad share sikit lah dari apa yang nad baca.
Semasa azan maghrib berkumandang,syaitan bertempiaran masuk ke rumah yang pintu/tingkap masih terbuka. Seram,kan kalau kita membenarkan syaitan 'menumpang'. Lagipun masa senja ni umpama siang untuk syaitan.Aktif mencari 'makanan','tempat tinggal' & mangsa untuk dirasuk/diperdaya.
Ingatlah, menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah RA : Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Bila seseorang masuk ke dalam rumahnya lalu menyebut nama Allah pada waktu dia masuk & pada waktu dia akan makan,maka syaitan berkata kepada kawan-kawannya : "Tidak ada tempat untuk bermalam & tidak ada makan malam untuk kamu." Akan tetapi jika seseorang masuk ke dalam rumahnya tanpa menyebut nama Allah,maka syaitan berkata "Ada tempat bermalam untuk kamu semuanya." Bila dia tidak menyebut nama Allah pada waktu makan,maka syaitan berkata kepada kawan-kawannya "Ada tempat untuk kamu semuanya bermalam & makan malam ." [HR. Muslim]
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini kerana banyak interferens berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Waktu senja adalah waktu syaitan berkeliaran. Sabda Nabi s.a.w., "Apabila hari sudah senja, tahanlah anak-anak kamu (keluar rumah) kerana syaitan-syaitan berkeliaran ketika itu. Apabila sudah berlalu sebahagian daripada malam, maka biarkanlah mereka tetapi kuncilah pintu dan sebutkan nama Allah.
Sesungguhnya syaitan tidak sanggup membuka pintu yang dikunci. Tutup tempayanmu dengan menyebut nama Allah. Tutup semua bekasmu dengan menyebut nama Allah, sekalipun dengan membentangkan sesuatu di atasnya..."(Riwayat Muslim daripada Jabir bin Abdullah r.a.)

alhamdulillah, lepas baca ni nad pon tutup tingkap dekat bilik waktu magrib. lepas isyak baru bukak semula biar udara sejuk masuk bilik. u know what... sepanjang 6 hari nad balik rumah, baru mlm td nad tdo dengan lenanya.. sebelum ni kerap kali juga nad terjaga sbb sejuk.. hehe baru cuci kipas. pasang 2 je pon lajunya dah mcm pasang no 5. sejuk !

tapi... bila nad pakai selimut, nad rasa panas. bila berselimut tebal ni suhu badan nad mmg senang naik. walaupon sebenarnya nad memang jenis tido berselimut. cumanya, x de la pakai selimut tebal2. dulu suka lah selimut tebal... sekarang ni... haha panas kot !

okay lah, itu sahaja perkongsian daripada nad. saya nak solat ni. baaaaiiiii


Tuesday, September 1, 2015

Real World

Assalamualaikum..

Selama ni... aku sangkakan...

hidup itu MUDAH.

macam kau bgun pagi, gosok gigi, cuci muka, pergi sekolah, makan, main dan kemudiannya tidur.. x lupa juga solat sebagai tiang agama agar syurga yang bakal kita bina itu kukuh di akhirat kelak.

tapi satu hal yg aku lupa. setiap orang ada masalah mereka tersendiri. banyak. macam macam rupanya masalah yang Allah bagi dekat kita utk uji kita. utk nilai kita. Allahuakbar. kadang kadang aku rasa masalah aku dah cukup berat utk aku tanggung. rupe rupanya ada org lain dekat luar sana yg hadapi masalah yg lebih berat, lebih besar dari apa yg aku alami.

dengan bertambahnya usia aku... aku mula kenal dunia. yang pahit, manis, kelat, tawar...

yg paling hampir dlm kehidupan aku utk aku jadikan pengajaran pon banyak. x sangka benda yg selama ni hanya bermain dilayar televisyen kini berlayar di telinga ku. berlayar dimataku.

Ya Allah tuhan sekalian alam... mudahkanlah bagi kami setiap urusan kami dan jauhkanlah kami dari fitnah dunia. masukkanlah kami dari golongan org yg Engkau redhai.. amin.




Friday, August 21, 2015

Dear future baby

Assalamualaikum dan selamat malam...
hai guys !

hahaha as i wish. aku nak tulis entry pasal my future baby. but why?

hermm dulu.. aku x de lah rasa gatal sangat nak kawin. nak ada anak. ape org kata, x pandang masa depan? sekarang alhamdulillah, lebih matang. aku tahu sbb ape aku nak kawin. sbb ape aku bercinta, sbb itu, sbb ini...

okay, to make it short....

aku pernah berangan angan nak ada anak pada usia muda. tapi.... setelah dipikir pikir, macam terlalu bnyk halangan. aku x rasa aku dah cukup matang utk bentuk seorang anak menjadi khalifah Allah. aku takut.. takut dengan realiti kehidupan masa depan. sebab.... kita sekarang menuju ke dunia akhir zaman. macam2 tanda Allah dah tunjuk. aku takut aku tergolong dalam golongan yg tak pandai mendidik anak.

yelaa sekarang ni aku tengah jaga anak2 akak aku.. ya Allah tuhan je lah yg tahu apa aku rasa. tapi, berdasarkan apa yang aku sendiri lihat, aku ni bermasalah sedikit dengan kanak-kanak lelaki. sbb ape pon aku x tahu. mungkin sbb dia kasar. kot... tapi siyesly menguji kesabaran aku. kadang2 aku rasa sedih. sbb aku sedaya upaya nak layan budak2 tu dengan layanan yg baik tp.... seolah olah effort aku tu x de apa2 dkt mata dia.

mungkin anak org x sama kot dengan anak sendiri. who knows?

aku juga pernah pasang angan-angan nak ada anak kembar. tapi.... kemungkinan tu mcm x de. yelaa nak tgk, keturunan aku mana ada yg kembar. aku tgk kekuatan fizikal aku pon mcm x berapa nak kuat je nak tanggung anak kembar. nak tanggung lelahnya mengandung seorang bayi pon aku x tahu aku sanggup. tapi.... aku mmg berharap suatu hari nanti aku dapat rasa nikmatnya mengandung, bersalin, menyusukan anak, membesarkan anak..

aku percaya masa tu aku akan jatuh sujud pada Allah sbb aku rasa lengkap sebagai seorang perempuan. aku akan bersyukur sebab Allah bagi aku rasa tu. aku aku berterima kasih dekat mama sebab melahirkan aku, menyusukan dan membesarkan aku dengan penuh kasih sayang. x lupe jugak buat suami tercinta. sebab.... tanpa dia. mana mungkin aku ada anak. hihi

i can't wait to see her/him (my future baby). mesti comel macam mak dia. dan mesti kacak mcm ayah dia. tak sabar rasanya nak dengar dia panggil aku dengan panggilan "bonda".. hahaha sounds funny. x de la kelakar sgt pon tp mcm x sesuai je dgn aku. daaaannnn... semestinyalah kan. sebagai seorang ibu, kau mesti nak dengar bnde pertama sekali yg dia sebut adalah nama kau.

kau bayangkan lah bonda tu cm payah kot budak br nak belajar ckp na sebut. tu sume idea cik abe kita. haiihhh mana mai lah kan. aku lebih prefer "mama" tp... apa2 ajelah. as long as dia suka. u should know something...

kalau kita tengok orang yang kita sayang bahagia, even kau x mampu miliki dia. tengok dari jauh. tengok dia happy. tapi kau bahagia tengok dia bahagia.. that's call TRUE love.

okay, that's it ! doakan saya dapat baby yg comel/kacak, cerdik, baik, soleh/solehah, mendengar kata dan yang paling penting sekali.... taat pada Allah.

Friday, July 10, 2015

R.E.S.U.L.T

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

hai ! rjen plak cik nad ni update blog lately ni.. hihi..

okay, since hari ni merupakan hari gembira nad, i would like to thank to Allah.. sbb Allah dah makbulkan doa nad. dihari yg mulia (Jumaat), bulan yg mulia (Ramadhan) ni.. Allah beri satu rasa yg selama ini gundah gulana bertukar menjadi gembira.

10/7/2015

pada hari ini, tarikh ini... result budak degree UPSI telah pun keluar. dan alhamdulillah walaupun x gempak, tapi nad bersyukur sbb x kena repeat 3 killer paper iaitu Management Accounting (MA), Calculus and Introductory Statictic.. dan yg paling buat nad bersyukur tu, dye punya result x jatuh kejunam sgt.. nad bajet dlm kalau lulus pon, mebi C or C+. ye laa sbb C- dikira kena repeat dh. tapi nak tahu x... kuasa Allah. who knows.



nad tunjuk ni bukan lah nk tayang rsult nad. tapi nk kongsi how happy i am. tahu x.. nad sempat berdoa lagi. ckp " Ya Allah, kau lembutkan lah hati lecturer yg tanda kertas aku tu. Andai kertas itu sudah bertanda, kau tunjuklah keajaiban-Mu seperti mana ketika aku menduduki SPM dulu." amin.

haha nk tahu tak.. nad doa mcm tu sbb mse SPM dulu ada certain paper yg nad taw nad x boleh buat.. tp buat jugak lah walaupon hentam keromo daaannn jawab x smpai hbis. but still, bila result keluar, i got A ! so, nad berharap there is a miracle like before.

nad dah usaha. dah doa dan dah tawakal, serah semua pada Allah. yelaa disebabkan 3 killer paper ni nad x balik rumah during study week. ekceli sempat je pon nk blk awl cuti tu. tapi pasal kononnya acik (adk mama kira pakcik nad la kan) dia punya adk ipar nk konvo. so dye mntk tlg nad itu ini.. so, nad ambik keputusan utk x blk. lgpon masa tu tgh skt aty dgn ma pon.. EGO. hati merindu tp x nk blk. last2 kena blk jugak sbb ma call menangis nagis. aku tahu ma dah x mampu tahan rasa rindu dye kt aku la tu. adik MINTAK MAAF ma ! cause i make u cry. tu pon nad blk lps habis ketiga tiga killer paper ni. blk shari je. x smpai 24 jam dkt rumah. sbb mse tu ada gaps 1 hari.

nad bukan jenis yg study beria. awal2 dah study. i'm a type of a person yg esok exam, malam tu br study. taappiiii... kali ni lain. kalau study week tu 1 minggu, start sabtu-ahad.. sabtu-rabu tu nad enjoy sakan. kasi hilang tension sume. then, bermula khamis smpai la paper tu punya exam nad habiskan masa nad.. almost the whole day utk STUDY. kali ni study yg betul2 study taw. mcm x pecaya kan?

nad rsau taw. siyes talk.. antara 3 subjek ni, yg dlm kelas yg boleh terima dek otak ni cuma sbjek calculus je. tp ye laa... calculus tu kira mmg sbjek ssh kot. spe je la pon yg bole score A. sbenarnya boleh je. cuma masa belajar nad x tahu ape yg lecturer tu tulis tu dikira solution dye taw. i mean like.... korang tahu kan calculus ni jalan kira dye bapak pnjng. kalau dia bg equation, kte kne start solution dye dgn graf, perform integration, selesaikan integration tu, subtitute.. bnyk lah. dan disebabkan nad x tahu solution dye start dgn graf, so 1 soklan tu lost 10 markah. sbb kalao kau x tahu nak buat graf, mcm mne ko nk bt step yg seterusnya.

yg MA tu boleh dikira okay la utk dapat B- tu.i am not assuming that aku boleh score B. sbb.... mmg dlm kelas x taw ape yg aku belajar. even flow bab pon aku x taw. dalam buku tu chapter lain. dlm slide tu chapter lain. feeniiinngg.. tp, kali ni bila aku singgah rumah bdk2 ni.. aku akan tnye dyeorng sikit2. alhmdulillah la nad mula faham dan nmpk flow dye. cumaa.... MA ni pon jalan kira dye panjang. kalo esok exam, mlm tu kau baru nk study, mmg fail lah jawabnya, sbb tu la nad bersyukur sgt. usaha nad selama ni berbaloi. pengorbanan nad utk x blk rumah, memberi kesan yg mendalam dlm hati nad.

even bila tunjuk result dkt ma, ma tnye "apesal bnyk sgt B?".. aku x kecik hati pon. sbb..... aku bangga aku bole score B utk 3 killer paper ni. tp, serba salah jugak la.. sbb, dalam setiap doa nad, akan nad selitkan " Ya Rabb, kau berilah aku keputusan peperiksaan yg dapat memberikan kegembiraan dihati kedua ibu bapaku".

ye laa... mak bapak mne yg x nak tengok ank dye berjaya kan? even pointer aku tu paling teruk antara sem2 sblm ni, nad bersyukur sbb nad masih berada di zone DEAN. akhmdulillah. tapi sipi je lagi utk x dpt dean. so... next sem kne perform utk maintan dean n PNGK cecah 1st class. so that nnt PTPTN x kena bayar. dari pinjam they change it to be biasiswa. aku berharap sgt aku x kena bayar blk PTPTN tu.. aku x nak susahkan ma ayh.

pointer aku start jatuh sem 2. sbb sem 2 pon ada statistik. aku dapat C kott.. sikit je lg nk fail. itu pon aku rasa sbb aku punya carry mark tinggi.. kalau taakk.. mmg kne repeat la jawabnya. siyes, satu apa pon aku x tahu nk jawab. sbb stat ni dye punya soalan ayat panjang taw. nad paling menyampah betul kalau soklan math tp ayat panjang2. da la bhasa inggeris. mmg sakit jiwa betul. first, ko kena faham ayat tu cite psl ape. lepas tu ko kne kenal pasti soklan tu bawah tajuk apa. then, ko kne tahu formula ape kena pkai. akhir skali, the solution.

supposely, aku ambik intro stat dulu br ambik stat. tp stat ni sbjek yg mmg kne ambik utk semua student rasanya. utk mudahkan kita masa sem 8 utk buat tesis, dan intro stat ni pulak, minor. nad ambik minor mathematics. antara sbjek minor yg nad ambik sem tu, intro stat dgn calculus. MA tu sbjek major, tp intro pon kelaut, inikan plak stat kan?

otak nad ni mmg jenis x boleh terima stat la nad rasa. lagi2 bab probability. hari tu exam, ada 10 soklan. 1-6 soklan probability. hah, ambik ! nad da la dok tekankn bab yg lps probability. sbb nad taw.. probability tu soklan dye kne gne logik akal. tp, ada la formula yg kne hafal. nad pon x de la hafal sgt formula tu sbb wawa ada bg formula yg lecturer dye ckp lecturer dye bg time exam. nad bayangkn Miss Foo (lecturer intro stat) nad tu akan bg cmtu jgak lah. tp... hampeh ! bpe kerat je la formula dye bg.. tp x pe lah. yg penting formula yg panjang2 tu dye bg. dah kira bersyukur sgt dh.

akhir kata, nad nak ucapkan ribuan, jutaan, biliion-an terima kasih dekat lecturer yg dh aja nad selama ni. dekat kawan2 yg sudi kongsi ilmu aja mne yg nad x paham. dan x lupa juga utk ma ayh yg selalu beri sokongan. buat kesayangan yg selalu beri semangat dan kekuatan serta doa utk nad jawab exam tu. buat diriku jua... terima kasih sbb beri komitmen sepenuhnya utk terus berjaya. semoga sem2 akan datang dpt memberikan nad semagat utk terus kecapi kejayaan didunia mahupon akhirat.

sekian, wasalam..

Saturday, July 4, 2015

Cerita Cinta Kita

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

bila mood rindu ni mai.. aku jadi teringin nak bercerita tentang CERITA CINTA KITA



i'm just love the way he look at me..







Time : Night

Date : The last day of orientation day

Location : Dewan terbuka KUO, UPSI


let me tell u the story behind this photo.

hari demi hari berlalu... aku mula dapat sesuaikan diri. sesuaikan diri dengan bilik. rumet. housemate. korang taw tak.. nad dapat tingkat 4 kot masa tu. haaiihhh....

bila da boleh sesuaikan diri... kteorng pon ape lagi.. bajet mcm senior lah. last day orentasi sume da "bermalas-malasan". padahal dekat bilik dok memekak pasang lagu sambil kemas barang-barang.. haha.. masa ni housemate aku terdiri daripda :


Insyirah, Faizah, Amanda, Effie, Natasya, Nadhirah

kalau x silap ceq lah kan.. ceq dah pernah kenalkan dah housemate sem 1 nad ni kat korang. but it's okay.. nad kenalkan semula. syirah asal KL kos akaun.. faizah asal Kedah kos ape ntah. tp budak sains lah. manda asal Sarawak kos sains pertanian. effie budak Sabah kos BM dan yg tepi nad tu tasya org kelantan kos sains pertanian jugak. tasya ni lah rumet nad mse tu.

dalam 1 rumah 2 ada 3 bilik. faizah ngan insyirah bilik 1. nad dgn tasya bilik 2. amanda n effie bilik 3. masa nad daftar masuk tu.. nad perasan je si tasya ni. masa tu proses kemasukkan pelajar ke bilik2 tu ikut waktu pendaftaran kot. sbb masa nad smpai, tasya pon ada. waktu pendaftaran ada 3 sesi. pagi, tengah ary n ptg. nad sesi tgh hari. sbb tu la kot dpt bilik no 2. sbb mse nad smpai tu bilik no 1 da ada org masuk.. cumanya, x de penghuni. sbb bilik tu berkunci. ble ptg tu kan tasya bagitau yg orentasi pertama kteorng pada jam 5 ptg.. choi ! bg la rht kejap ke.. nasib lps smpai ape kemas sikit tu nad tdo..

kalau nak cerita dari A-Z proses orentasi tu mmg panjang lah kan. ni nak habaq pasal gmba hari orentasi terakhir kteorng.. budak2 ni x siap2 lagi.. nad pon dgn baik hatinya tunggu la dyeorng bersiap. si manda dengan effie lagi baik.. cakap TAK NAK PERGI terus.. haha.. so kteorng turun la. sebenarnya x de la lambat sgt pon, on time kay. lambat sikit je. itu pon sbb kteorng x taw dyeorng tukar tempat. biasanya time orentasi buat dekat dewan tertutup yg dkt atas kafe tu. tup tup plak smpai sana x de org. pergi la tnya sape2.. dyeorng ckp dkt dewan terbuka tu.

nad tengok mcm tegang je situasi dkt situ.. org2 yg baru sampai sume kena beratur dekat tepi.. masa tu dh berbelah bagi dah.. nak pergi ke.. nak naik bilik.. nak pergi ke.. nak naik. aiihh last2 pergi je. kau tahu ape jadik?

dia kumpulkan yg dtg lewat, dye bawak satu tempat. dalam hati dah cuak tahap gaban dah.. jgn la kne ragging. last2 dyeorng bwk kteorng dkt court KHAR. x jauh pon dr situ.. dyeorng saja je buat cmtu. BERLAKON. kuang asam. kononnya saja la nk psyko kte. nak kita belajar tepati waktu. ikut disiplin bla bla bla.. x lama lps tu ada org panggil.. kteorng pon p la blk dwn tu. abg2 fasi tu pesan... buat muka sedih sikit. kau tahu kteorng kena ape?

berdiri dekat depan semua budak degree Kolej Ungku Omar (KUO) batch 2012/2013. kena mintak maaf. pastu kena ketuk ketampi 10x if i'm not mistaken. aku x kesah la kena denda ke ape ke.. yg buat aku kesah.. kena berdiri depan bpe ratus org mse tu. ya allah, tuhan je la tahu ape aku rasa masa tu. baru masuk x smpai seminggu dah jd budak HOT.

dan... dari situ lah aku terpandangkan seorang lelaki ni. well, bdk laki KUO tu bpe kerat sgt pon la.. dalam pada 12 group kalo nad x silap, setiap kmpulan lelakinya cuma ada lbh kurabg 2 org je. sedih kn? haha.. lps tu da la dyeorng ni kne berdiri paling depan. mmg mse tu menghadap epat la dkt dyeorng kan. tengok punya tengok..........

aku terperasankan sorang mamat ni. dia pandang aku... lain macam je. bergetar sekejap jantung ni. lama kot dia pandang. pandang x kedip plak tu.. aku cepat2 alih pandangan. jaga mata katanya. haha.. ini semua poyo~

x de lah.. masa tu aku dah ada ijat. bila aku ada someone special, aku tutup rapat pintu hati aku ni utk org lain. aku x nampak pon mana kacaknya, mana baiknya, mana caringnya, mana sweetnya, mana..... mana2 lah. yg ada pada diri mayus. tapi..... aku tak tipu.. the way he look at me, ibarat "dua hati sedang berkomunikasi dengan hanya melalui pandangan mata".. itu lah org kata dari mata turun ke hati. dan sebab tu jugak lah aku larikan pandangan aku pandang tempat lain. dan mulai hari tu, masa tu, detik itu lah.. aku baru tahu yg pndang aku mcm tu rupenya emayus azizan yg aku pernah add dye melalui "upsi intake"...

aku add je sume budak yg dapat upsi yg dapat tawaran dalam kos perakaunan n budak yg dapat kolej KUO. laki ke pompuan ke.. sume aku bedal. sbb..... masa tu aku sorang2. terkontang kanting x de kawan. hidup sebatang kara. dan dari situ lah aku cari kawan. cari maklumat. sbb aku ni jns independent. x sume bnde aku boleh buat sendiri. even bnde tu bnde mudah pon. i need someone to teach me, to guide me at the first.. then, i'll do it by my own.

sejak dari peristiwa tu lah sesi usik mengusik mula berlaku.. eh salah... usik mengusik ke? dia je yg usik aku.. aku x usik dia pon.. aku rasa dia tahu aku dah berpunya.. sbb aku slalu je upload gmba berkaitan ijat. update status jiwang2.. tp aku x taw atas dasar ape dye asyik nak usik aku je.. yelaa... aku x nmpk pon dye ni jenis menggatal tergedik gedik mcm laki player kt luar sana tu. aku masak sgt dh dgn perangai org laki ni..

so, aku ambik keputusan utk berkawan dgn dye. sbb... dari pelbagai segi, dye bnyk tlg memudahkan kerja aku. lgpon... nad tengok dia tu jenis friendly. dengan semua org dye kacau, kepoh. bnyk kali juga la nad tengok dye jmpe pompuan, pnjam keta bdk pmpuan, komen ape sume lah.. atas sbb tu jugak lah nad x kesah nak layan dia. sbb nad fikir dye ni mebi jenis yg layan semua pompuan macam tu kot. so, nothing special between us.

tapi.... bila dye kerap kali mengusik mcm kearah meluakan satu rasa tu.... aku mula buat perangai. hahaha... aku tunjuk lah perangai sebenar aku. kuat tdo. x pandai masak, cakap dengan intonasi yg kasar, itu la ini lah. ntah ape ntah lagi yg nad pernah buat utk buat dia x sukakan nad.. last2... tewas jugak. dan aku x nafikan... dia mmg seorang yg caring. sampai satu tahap tu.. aku cmfuse dengan apa yg dia rasa tentang aku. mmg aku nmpak betapa istemewanya aku dalam hidup dia. tapi aku x nampak lagi sejauh mana istimewanya aku dalam hati dia.

dia layan pompuan lain, it;s just same like before. which is... it's really deeply hurting me. tapi... salahnya aku bila aku pendam rasa tu. aku takut suatu saat bila aku kumpul semua rasa tu, aku x kuat utk harunginya.

aku pilih utk diam bukan sbb aku x kesah. tapi aku takut bnde tu jadi mcm... CEMBURU BUTA. dan sebenarnya mmg cemburu buta pon. dia cuma tolong je.. tp kalau la.. kalau kau tu perempaun, kau mst rasa ape yg aku rasa. rasa bila org yg kita sayang care dekat pompuan lain. tapi.. kalau aku pon, aku menyampah org yg cemburu buta ni. dah tahu bnde tu takde ape2, pegi jeles knp. that is why i choose not to tell. sbb aku ni mmg jenis yg kuat cemburu. even when mom lebihkan adk beradik aku pon aku dah jeles. the point is... aku cemburu dekat org yg aku sayang je.

hari berlalu bagaikan menghukumku. rindu. a only word that can descrice how it's feel bila dia jauh dari pandangan. tapi.... setiap malam, bila nad buka tingkap, i can see him looking at me, watch me like he always do. kau bayangkan lah, pegi mana2 kalau aku x pgg lengan dia, dia yg akan pegang lengan aku. takut sgt ilang. haiihh...

apa-apa pun aku takkan maafkan dia. sbb curi hati aku. sekian.





Monday, June 29, 2015

Period semasa bulan puasa

Assalamualaikum dan selamat petang !

okay hai.. belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan SELAMAT BERPUASA untuk semua umat Islam didunia ini.

nad rasa setiap tahun kalau tiba bulan Ramadhan yg mulia ni, nad akan sempatkan diri utk update entry yg berkaitan. dan tahun ni... nad pilih untuk cerita berkaitan PERIOD SEMASA BULAN RAMADHAN. hihi.. kiranya entry kali ni special untuk kaum hawa sahaja ya. kaum adam kalau nak baca, boleh jugak. boleh share dekat adik, kakak, makwe, tunang, bini, anak ke... pon boleh.

alhamdulillah, sedar tak sedar hari ni dah 12 Ramadhan 1436H, kita dah masuk fasa yang kedua dalam bulan Ramadhan iaitu fasa MAGFIRAH (pengampunan).

memandangkan hari ni nad dapat puasa separuh hari je, nad nk kongsi sedikit amalan yang boleh dilakukan oleh wanita ketika datang haid. ye laa... aku percaya, ramai yang frust menonggeng sbb period time puasa kan?

"alaaahhh... period ! x dapat nak puasa. malasnya nak ganti"
"hermm.. x dapat la nak khatam mcm ni"
"sayangnya... x dapat nak kejar malam lailatul qadar"

okay. period bukan bererti segala ibadah kita x boleh buat. period bukan bererti kita x boleh kumpul pahala.

NO ! haa ambik ! big no no nad bagi. haha.. x de lah. chill lah. banyak je ibadah yang kita boleh buat masa period ni. just yang penting sekali... kita kena REDHA.

okay, 1st and foremost... x kira la bulan puasa ke. bulan x puasa ke.... korang try lah amalkan doa ni.


nad tak tahu sangat nk explain kenapa kena baca doa ni. tapi... 1 hal yang korang kena tahu.. berdoa tu pon dikira ibadah. annndddd.... mesti ada yg tertanya tanya kan? boleh ke baca ayat quran? macam aku jugak.. tapi... sebelum aku kongsi sesuatu, aku akan buat research cket.

haa.. yg aku paparkan dekat korang ni.. DOA. kebanyakkan ayat quran, kita boleh jadikan dia sebagai doa. kalau kau jenis yang baca makthurat, mesti kau tahu. sbb.... dalam mathurat tu banyak doa. dan doa2 tu semua dari potongan ayat quran.

lepas tu.. pasal "boleh ke baca quran?"

hrmm.... mcm mne ek nak explain? korang tahu kan... kita x boleh sentuh quran ketika berhadas kecil. apatah lagi berhadas besar. ni quran ye.. kalau tafsir, x de wudhuk pon boleh pgg. sbb apa Allah perintahkan mcm tu? sbb Al-Quran tu kitab suci. since nak pgg pon x boleh, apetah lagi nak baca kan? so... kesimpulannya, x boleh ! HARAM. tapppiiiii.... ada tapinya.

kalau surah-surah lazim atau apa2 lah ayat quran yg dah menjadi kebiasaan kita sehari hari.. maka, dibenarkan. sebagai contoh, surah Al-fatihah, ayat kursi, surah Al-Kahfi.... macam aku, sebelum tido aku biase dengar atau baca surah Al-Mulk.. jadinya, kalau period, aku boleh jgak baca. tapi tidak melalui quran lah. korang kan handphone sume canggih2.. mst ada aplikasi quran tu kan. baca ikut situ pon boleh. guna tafsir quran pon boleh. macam kalau kdang2 kita bukak tv ke, radio ke ada play ayat2 quran yg kita biase baca, boleh je follow skali. 2 pahala boleh dapat. pahala mendengar dan pahala membaca.

selain daripada baca doa, baca hadis, baca tafsir, dengar ceramah, dengar orang mengaji, baca mathurat, berzikir, bertasbih, bertahmid.. amalkan bangun sahur. even x puasa pon, ganjaran bangun sahur tu in shaa Allah ada. ni nak kongsi sikit..

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” 
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah)

Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud: “Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air.” 
(Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Hadis tadi menunjukkan kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa walaupun makan atau minum dengan sedikit saja sekalipun dengan hanya seteguk air. dan... yang lebih afdal adalah dengan melewatkan sahur. selagi x azan, selagi tu boleh makan.

banyak sebenarnya amalan yang boleh kita lakukan. malas nak cerita panjang lebar, boleh baca dekat sini https://shafiqolbu.wordpress.com/2013/08/05/35-amalan-sunat-ketika-kaum-hawa-haid-dan-nifas/

okay, gamba dekat bawah ni nad print screen je dari blog mne ntah td. hadis berkaitan mandi wajib. boleh baca sendiri lah.. hihi..



okay, that's it for today.. nad x boleh ngadap lapy lama2 sgt ni.. spek saya telah dipatahkan oleh makhluk bernama Alya Nur Zara. (anak akak).

sekian, wassalam.



Saturday, June 13, 2015

No Entry...

Image result for no entry

Assalamualikum dan selamat malam guys...

hurmm... knp NO ENTRY ?

sebab........ sebab yg tiada sebab sebenarnya... aku x tahu nak cerita ape sekarang. ekceli banyak je bnde yg berlegar legar dalam kepala otak aku ni nak kongsikan dekat korang. tp.....

unstable mood. sedih. rindu. kecewa. marah. macam2 aku rasa.

ini lah aku. i don't mind beeing alone. i just hate the feeling when i'm alone.

sem ni... aku terasa sangat. terasa life as a STUDENT. sibuk + penat..

sekrang ni tengah final. jadinya... sepanjang 10 hari baru-baru ni.. makanan aku hanya S-T-U-D-Y

sebab... carry mark aku kali ni rendah. ekceli it's not "aku"... it is "kami"... set2 org sume carry mark rendah. nak kata subjek tu killer, x de la killer sgt.. but i don't know why.. so i have to put an effort just to make sure aku x kena REPEAT paper2 tu.. fuh ! nauzubillahiminzalik...

malam ni aku x berniat nak study sbb SRN tu telah menyemakkan otak aku. boleh dye buat meeting minggu exam nih... choi !

okay lah. that's it.. karang kalau aku bercerita panjang lebar.. korang jugak yg x mampu baca. good nyte !

eh ehh.. kejap !




alang2 dok ber-entry nih.. nad nak susun 10 jari memohon ampun dan maaf atas segala salah silap yang nad telah lakukan sama ada dalam keadaan sengaja mahupun tidak sengaja. yang kecil mahupun yang besar. nad tahu nad banyak buat salah. terutama buat insan yang pernah rapat dengan nad. wel, human make mistake kan?

nad nak mintak halalkan makan minum nad. halalkan segala hutang yang mungkin x terlunas. ilmu yang korang kongsikan dekat nad. kalau tak halalkan bgtaw taw ! nad x nak tanggung dosa dekat akhirat nnt.

akhir kata, nad minta jasa baik kawan2.. doakanlah kejayaan nad. doakan supaya apa yang nad belajar mudah difahami dan lekat dekat kepala. semoga kita sama sama berjaya didunia mahupun di akhirat.

sekian.

Tuesday, May 26, 2015

Pelangi selepas hujan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Kadang-kadang Allah hilangkan mentari...
Kemudian Allah datangkan guruh...
Puas kita menangis. Mencari kembali mentari tadi...
Rupa-rupanya Allah ingin menghadiahkan pelangi indah untuk kita
.
.
.
.
Apa yang kita perlukan hanya banyak bersabar. In shaa Allah akan ada kemanisan di sebalik kepahitan itu.

Dipetik dari : Novel Love Riddles hasil karya Misztyra.

p/s : Pada sape yg kaki novel. minah/mamat jiwang.. boleh baca novel ni. Pada aku, ianya TERsangatlah SWEET ! boleh kena diabetes. haha.. kalah novel suamiku paling sweet.

Bukan niat nk promote. Menjadi kebiasaan aku, bila menaip, jalan tu biase bengkang bengkok sikit. tak staright to the point.. hanya yang mampu bersabar je layan cite aku sampai habis.

okay, one.... two.... three.... mula !

PELANGI........
cantik bukan?

sebab apa kali ni aku pilih pelangi ? sebab.... aku baru je jalani proses pelangi nih.

semalam.... Allah uji aku dengan kesedihan. ye laa... kau pernah jd anak bongsu tak? kalau x pernah, meh nk habaq cket...

dari kecik... mama ayah terlalu sibuk dengan kerjaya mereka. aku dihantar ke rumah pengasuh dan menhabiskan masa disekolah. bayangkanlah.. balik rumah dah penat. mesti tdo punya. agak2 korang... ada x masa aku bersama family? siyes dulu aku pernah rasa mcm terabai. jadi, aku memilih utk lebihkan kawan dari keluarga.

jadinya, bila aku dah besar... mama ayah dah bersara.. sedikit demi sedikit aku dapat rasakan kasih sayang dari seorang ibu dan ayah. bukan nk kata ma ayah x sayang aku dulu, cuma mungkin perhatian mereka bg tu kurang. aku mula rapat dengan ma ayah lepas aku tunaikan rukun Islam yang ke-5. sejak dari peristiwa tu, barulah aku rasa hidup sebagai "anak bongsu".(heaven)

bila aku dah terbiase hidup dimanjakan.... tiba suatu saat ma ayah lebihkan adik beradik yang lain, dye jadi cam "hati mana yg tak cemburu weyh". aku x kesah pon sebenarnya kalo ma ayah nk curahkan kasih syg dye dkt adk beradik aku yg lain. but please... when i need u guys, please be there for me.. sebelum2 ni.. kira setiap hari jugak la aku akan call ma. tp... sejak peristiwa yg sangat menggores hati aku tu, mmg aku call ble perlu je. terasa macam ada 1 batu besar yang menghalang aku utk selalu call ma mcm dulu.

bila aku dah jarang call tu... aku berharap bila aku call berangkat lah kan. tapi HAMPEH ! aku call bnyk kali kot. kalau sebok pon, x boleh ke lepas tu masa dye free, call org blk? yang buat aku bertambah angin bila semalam dapat wasap dari abg din ckp :

abg din     : habislah.. mak dah carikan ko calon. hahaha
aku           : hahaha biar lah. (dalam hati memang dah terasa dah sebenarnya. tp mls nk pkir)
abg din     : siap mintak gambo ko bagai.
aku           : kalau mak bahagia mcm tu.. biarlah. aku malas nak fikir.

kau bayangkanlah ape yg aku rasa pd jam itu, minit itu, saat itu dan detik itu. hancur luluh hati aku. ma seolah x faham ape yg aku rasa n ape yg aku nak. aku faham... setiap ibu pastinya mahukan yg terbaik untuk ank-anak dye.. but in these case... bukan aku x usahakan. okay, cukuplah sekali aku terpaksa lepaskan org yg aku syg sbb nk bahagiakan mama. tp aku x sanggup utk lakukan benda yg sama utk kali kedua, sakit weyh. sakit..

aku cuba jd yg terbaik. jd ank yg dengar kata. jaga hati ma.. sampai satu tika tu aku rasa aku terlalu jaga hati org sampai hati aku x terjaga. disimpan mati mak, diluah mati bapak. haaa.. ambik ! nad bg satu peribahasa. hahaha... ye laa.. mne nk pkir hati kesayangan lg.. hati ibu. mayus bukan x usaha. dye dah ckp dh dgn fmly dye.. tp katanya ikut turn. aku terima dengan redha. mungkin belum masanya. sebab..... kita x perlu kejar sesuatu.. kalau kita da bersedia, in shaa Allah, segala urusan berjalan dengan lancar. lagipun... aku x pernah jumpa lelaki sebaik dia. hrmm x de la baik sgt sebenarnya hahaha... tp, dialah lelaki yg TERBAIK yg pernah singgah dlm hidup nad. yg sayang nad sepenuh hati dia. nad dapat lihat sume tu dalam anak mata dia.

betul org ckp.... pengalaman adalah guru terbaik kita. kisah silam dia dan kisah silam aku, mengajar kami erti menghargai.

sekian, itu kisah HUJAN...
puas nad menangis. meluahkan segala rasa dengan sang Pencipta. Alhmdulillah, hati jauh lebih tenang.

cerita hari ni :

macam biase lah. bila semalaman kau menangis, mata akan jadi berat dan kau paling malas nk bagun pg.. subuh tu alhdulillah la aku x tinggal. cuma... haha x di awal waktu saja.. alarm paling last iaitu pukul 6.45 baru aku akan bangun. mcm kebiasaan, lepas subuh aku akan sambung tdo. set alarm punya bnyk kali aku matikan. haha.. nad ada keje cket dkt PT. edarkan kismis minda pd pelajar. bawah persatuan PRS (Pembimbing Rakan Sebaya)..

kol 8.30 kena ada sana. sama ada dkt kmpus lama atau kampus baru, terpulang. tp nad pilih dkt kmpus lama. hikhik.. masa berlalu dan jam menunjukkan pukol 10.45.. nad buat keputusan utk blah sbb nad nk kne g klinik.. jumpa doktor n ambik ubat.. settle sume, beli mkanan, makan ! gila kentang nad boleh habiskan nasi kerabu yg bapak gila banyak.. haha aku sendiri x percaya aku mmpu hbiskan. 

eh... tlupe plak nk cite part yang aku hampir2 disaman sebab x letak kupon kenderaan. nasib si ikin nmpk.. kalau x.... melayang la weyh ringit2 ku yg sekian lama semakin menipis. so nad pndah keta. park kt dlm kampus. selamat ! lepas tu kan... sje nk cite.. ada sorang mamat ni dye bwk keta ape ntah. yg pst bukan mini cooper lah. tp smart... aauucchhh... finally ! dpt juga tgk muka pemilik kreta tu.. HANDSOME koootttt... tapi.... well, u know me.. rupa x bg kesan pon dekat hati ni. sy seorang yg setia. ceh ! ini semua poyo.

yang buat nad gembira sangat2... sem ni nad ada buat part time. mengaja (tusyen). personal. nad dtg rumah dye utk aja dye subjek akaun. ekceli ni keje si rehan, tp dye busy so dye mintak tlg la nad gantikan tempat dye..mesti korang tertanya tanya kan.. budak tu lelaki ke pompuan? hahaha... of kos lah pompuan. kalo laki, awal2 nad dh REJECT !

sedikit butiran berkenaan pelajar saya. hahaha

nama dye ape ntah. nad lupe. tp dye soh panggil nana. sekolah dkt.... haha sy lupa ! mak dye nama jamilah. seorang guru BM disekolah nana. tp... si nana ni sekolah sesi pagi. si emak pula sesi petang. tu mak dye nk org yg aja ank dye tu pompuan. sbb bdk tu cm kdng2 dok sorang. dye ada 4 org adk beradik kalo x silap. eh, yeke? haha sy x igt lah ! yg pastinya kdng2 time nad datang ada sorang abg dkt rumah dye. lpsn SPM. n sorang akak yg blaja dkt UUM, ayah dye dah meninggal. dan dye duduk dekat Taman Bernam Baru which is around 7 mnt dari rumah nad.

nk dijadikan cerita, hari ni hari terakhir nad berkhidmat sebagai "guru" tanpa lesen si nana.. haha.. she looks so happy belajar dengan nad. masalah utama dia...... x fokus ketika belajar. aku pon x taw dh mcm mne nk tlg. mula-mula belajar tu je nmpk dye sangat eksaited. nad smpai je rumah trus ckp pasal bnde yg dia nk aku aja. x de sesi perkenalan pon. air ape lg.. haha budak2 kan.. x kesah pon tang tu. niat aku first, nk tolong rehan. n second, nk cari experince..

ye laahh.. sem 7 dah nk praktikel. n aku x de 1 pengalaman berkeje pon. jadi, aku terima ni sebagai satu ikhtiar hidup nad. x bermakna aku dilahirkan dari keluarga yang senang, aku x kena berusaha cari duit. awalnya, duit bukan motif utama aku utk terima job ni. sbb tu ble bdk2 ni tnye, "dia kira sehari berapa?" aku x cakap ape2.. sbb aku mmg x deal dengan rehan malahan dengan puan jamialah ataupun nana. tapi... bila td si nana bg org duit, Ya Allah....

TUHAN je yg tahu ape yg aku rasa. bahagia. ni gaji pertama aku. x sangka aku pandai dan mampu cari duit dengan usaha aku sendiri. aku rasa nk peluk cium org je. nk kongsi rasa gembira yang aku rasa. mungkin RM100 tu x seberapa. tp ianya sungguh bermakna buat aku.. ekceli aku rasa aku layak dapat lebih. sbb aku nampak ada lebihan puluhan ringgit ditangan nana mse dye bg nad duit tu. sebab.....

nana      : nak kira mcm mne ni kak?
nad        : hah? laaa... akak dtg sni sbb nk tlg kwn akak je.
nana      : haa akak ambik lah ni. (dye hulurankan 2 keping not 50 kepadaku)

orang kata rezeki jgn ditolak kan? hahaha... x de lah. aku anggap tu sebagai duit minyak aku dtg rumah dye n sakit tekak sebab dye x hidang air.. kena bwk air masak sendiri u know.. haha.. tp x pe lah. budak lagi kan, paham.

tapi siyes nad seronok sangat ! happy yg x dpt digambar dengan kata-kata. mmg balik tu solat asar n sujud syukur lah. Allah je tahu isi hati nad. ye laahh time susah kita cari Allah, time senang pon, aku nak cerita dekat Allah. TERIMA KASIH ALLAH. atas nikmat yg Engkau berikan.

itulah kisah sang PELANGI...
Allah gantikan rasa sedih tu dengan rasa gembira yang tidak terhingga.

Kesimpulannya, husnuzon, bersangka baik dengan Allah. Allah uji kita sebab Allah sayang. Dia rindu nak dengar hamba-Nya merintih berdoa.. igt pada dia setelah kita jauh dengan dia. siyes smlm nad rasa down sgt.. daripada patutnya blk mnggu ni, jd x balik.  menagis. meluahkan segala apa yg terbuku dihati. berdoa, mengaji buat solat taubat. banyak dosa yg aku dah buat. dan dengan itu, bendera MERAJUK telah dinaikkan. ego. dalam hati ada rindu. tp... hati lebih memilih utk x balik. tp x pelahhh mmg niat asal mmg x nk blk pon. cumaaa.... well, u know. ank bongsu kan. mane boleh jauh dari parents lama2..