Tuesday, May 26, 2015

Pelangi selepas hujan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Kadang-kadang Allah hilangkan mentari...
Kemudian Allah datangkan guruh...
Puas kita menangis. Mencari kembali mentari tadi...
Rupa-rupanya Allah ingin menghadiahkan pelangi indah untuk kita
.
.
.
.
Apa yang kita perlukan hanya banyak bersabar. In shaa Allah akan ada kemanisan di sebalik kepahitan itu.

Dipetik dari : Novel Love Riddles hasil karya Misztyra.

p/s : Pada sape yg kaki novel. minah/mamat jiwang.. boleh baca novel ni. Pada aku, ianya TERsangatlah SWEET ! boleh kena diabetes. haha.. kalah novel suamiku paling sweet.

Bukan niat nk promote. Menjadi kebiasaan aku, bila menaip, jalan tu biase bengkang bengkok sikit. tak staright to the point.. hanya yang mampu bersabar je layan cite aku sampai habis.

okay, one.... two.... three.... mula !

PELANGI........
cantik bukan?

sebab apa kali ni aku pilih pelangi ? sebab.... aku baru je jalani proses pelangi nih.

semalam.... Allah uji aku dengan kesedihan. ye laa... kau pernah jd anak bongsu tak? kalau x pernah, meh nk habaq cket...

dari kecik... mama ayah terlalu sibuk dengan kerjaya mereka. aku dihantar ke rumah pengasuh dan menhabiskan masa disekolah. bayangkanlah.. balik rumah dah penat. mesti tdo punya. agak2 korang... ada x masa aku bersama family? siyes dulu aku pernah rasa mcm terabai. jadi, aku memilih utk lebihkan kawan dari keluarga.

jadinya, bila aku dah besar... mama ayah dah bersara.. sedikit demi sedikit aku dapat rasakan kasih sayang dari seorang ibu dan ayah. bukan nk kata ma ayah x sayang aku dulu, cuma mungkin perhatian mereka bg tu kurang. aku mula rapat dengan ma ayah lepas aku tunaikan rukun Islam yang ke-5. sejak dari peristiwa tu, barulah aku rasa hidup sebagai "anak bongsu".(heaven)

bila aku dah terbiase hidup dimanjakan.... tiba suatu saat ma ayah lebihkan adik beradik yang lain, dye jadi cam "hati mana yg tak cemburu weyh". aku x kesah pon sebenarnya kalo ma ayah nk curahkan kasih syg dye dkt adk beradik aku yg lain. but please... when i need u guys, please be there for me.. sebelum2 ni.. kira setiap hari jugak la aku akan call ma. tp... sejak peristiwa yg sangat menggores hati aku tu, mmg aku call ble perlu je. terasa macam ada 1 batu besar yang menghalang aku utk selalu call ma mcm dulu.

bila aku dah jarang call tu... aku berharap bila aku call berangkat lah kan. tapi HAMPEH ! aku call bnyk kali kot. kalau sebok pon, x boleh ke lepas tu masa dye free, call org blk? yang buat aku bertambah angin bila semalam dapat wasap dari abg din ckp :

abg din     : habislah.. mak dah carikan ko calon. hahaha
aku           : hahaha biar lah. (dalam hati memang dah terasa dah sebenarnya. tp mls nk pkir)
abg din     : siap mintak gambo ko bagai.
aku           : kalau mak bahagia mcm tu.. biarlah. aku malas nak fikir.

kau bayangkanlah ape yg aku rasa pd jam itu, minit itu, saat itu dan detik itu. hancur luluh hati aku. ma seolah x faham ape yg aku rasa n ape yg aku nak. aku faham... setiap ibu pastinya mahukan yg terbaik untuk ank-anak dye.. but in these case... bukan aku x usahakan. okay, cukuplah sekali aku terpaksa lepaskan org yg aku syg sbb nk bahagiakan mama. tp aku x sanggup utk lakukan benda yg sama utk kali kedua, sakit weyh. sakit..

aku cuba jd yg terbaik. jd ank yg dengar kata. jaga hati ma.. sampai satu tika tu aku rasa aku terlalu jaga hati org sampai hati aku x terjaga. disimpan mati mak, diluah mati bapak. haaa.. ambik ! nad bg satu peribahasa. hahaha... ye laa.. mne nk pkir hati kesayangan lg.. hati ibu. mayus bukan x usaha. dye dah ckp dh dgn fmly dye.. tp katanya ikut turn. aku terima dengan redha. mungkin belum masanya. sebab..... kita x perlu kejar sesuatu.. kalau kita da bersedia, in shaa Allah, segala urusan berjalan dengan lancar. lagipun... aku x pernah jumpa lelaki sebaik dia. hrmm x de la baik sgt sebenarnya hahaha... tp, dialah lelaki yg TERBAIK yg pernah singgah dlm hidup nad. yg sayang nad sepenuh hati dia. nad dapat lihat sume tu dalam anak mata dia.

betul org ckp.... pengalaman adalah guru terbaik kita. kisah silam dia dan kisah silam aku, mengajar kami erti menghargai.

sekian, itu kisah HUJAN...
puas nad menangis. meluahkan segala rasa dengan sang Pencipta. Alhmdulillah, hati jauh lebih tenang.

cerita hari ni :

macam biase lah. bila semalaman kau menangis, mata akan jadi berat dan kau paling malas nk bagun pg.. subuh tu alhdulillah la aku x tinggal. cuma... haha x di awal waktu saja.. alarm paling last iaitu pukul 6.45 baru aku akan bangun. mcm kebiasaan, lepas subuh aku akan sambung tdo. set alarm punya bnyk kali aku matikan. haha.. nad ada keje cket dkt PT. edarkan kismis minda pd pelajar. bawah persatuan PRS (Pembimbing Rakan Sebaya)..

kol 8.30 kena ada sana. sama ada dkt kmpus lama atau kampus baru, terpulang. tp nad pilih dkt kmpus lama. hikhik.. masa berlalu dan jam menunjukkan pukol 10.45.. nad buat keputusan utk blah sbb nad nk kne g klinik.. jumpa doktor n ambik ubat.. settle sume, beli mkanan, makan ! gila kentang nad boleh habiskan nasi kerabu yg bapak gila banyak.. haha aku sendiri x percaya aku mmpu hbiskan. 

eh... tlupe plak nk cite part yang aku hampir2 disaman sebab x letak kupon kenderaan. nasib si ikin nmpk.. kalau x.... melayang la weyh ringit2 ku yg sekian lama semakin menipis. so nad pndah keta. park kt dlm kampus. selamat ! lepas tu kan... sje nk cite.. ada sorang mamat ni dye bwk keta ape ntah. yg pst bukan mini cooper lah. tp smart... aauucchhh... finally ! dpt juga tgk muka pemilik kreta tu.. HANDSOME koootttt... tapi.... well, u know me.. rupa x bg kesan pon dekat hati ni. sy seorang yg setia. ceh ! ini semua poyo.

yang buat nad gembira sangat2... sem ni nad ada buat part time. mengaja (tusyen). personal. nad dtg rumah dye utk aja dye subjek akaun. ekceli ni keje si rehan, tp dye busy so dye mintak tlg la nad gantikan tempat dye..mesti korang tertanya tanya kan.. budak tu lelaki ke pompuan? hahaha... of kos lah pompuan. kalo laki, awal2 nad dh REJECT !

sedikit butiran berkenaan pelajar saya. hahaha

nama dye ape ntah. nad lupe. tp dye soh panggil nana. sekolah dkt.... haha sy lupa ! mak dye nama jamilah. seorang guru BM disekolah nana. tp... si nana ni sekolah sesi pagi. si emak pula sesi petang. tu mak dye nk org yg aja ank dye tu pompuan. sbb bdk tu cm kdng2 dok sorang. dye ada 4 org adk beradik kalo x silap. eh, yeke? haha sy x igt lah ! yg pastinya kdng2 time nad datang ada sorang abg dkt rumah dye. lpsn SPM. n sorang akak yg blaja dkt UUM, ayah dye dah meninggal. dan dye duduk dekat Taman Bernam Baru which is around 7 mnt dari rumah nad.

nk dijadikan cerita, hari ni hari terakhir nad berkhidmat sebagai "guru" tanpa lesen si nana.. haha.. she looks so happy belajar dengan nad. masalah utama dia...... x fokus ketika belajar. aku pon x taw dh mcm mne nk tlg. mula-mula belajar tu je nmpk dye sangat eksaited. nad smpai je rumah trus ckp pasal bnde yg dia nk aku aja. x de sesi perkenalan pon. air ape lg.. haha budak2 kan.. x kesah pon tang tu. niat aku first, nk tolong rehan. n second, nk cari experince..

ye laahh.. sem 7 dah nk praktikel. n aku x de 1 pengalaman berkeje pon. jadi, aku terima ni sebagai satu ikhtiar hidup nad. x bermakna aku dilahirkan dari keluarga yang senang, aku x kena berusaha cari duit. awalnya, duit bukan motif utama aku utk terima job ni. sbb tu ble bdk2 ni tnye, "dia kira sehari berapa?" aku x cakap ape2.. sbb aku mmg x deal dengan rehan malahan dengan puan jamialah ataupun nana. tapi... bila td si nana bg org duit, Ya Allah....

TUHAN je yg tahu ape yg aku rasa. bahagia. ni gaji pertama aku. x sangka aku pandai dan mampu cari duit dengan usaha aku sendiri. aku rasa nk peluk cium org je. nk kongsi rasa gembira yang aku rasa. mungkin RM100 tu x seberapa. tp ianya sungguh bermakna buat aku.. ekceli aku rasa aku layak dapat lebih. sbb aku nampak ada lebihan puluhan ringgit ditangan nana mse dye bg nad duit tu. sebab.....

nana      : nak kira mcm mne ni kak?
nad        : hah? laaa... akak dtg sni sbb nk tlg kwn akak je.
nana      : haa akak ambik lah ni. (dye hulurankan 2 keping not 50 kepadaku)

orang kata rezeki jgn ditolak kan? hahaha... x de lah. aku anggap tu sebagai duit minyak aku dtg rumah dye n sakit tekak sebab dye x hidang air.. kena bwk air masak sendiri u know.. haha.. tp x pe lah. budak lagi kan, paham.

tapi siyes nad seronok sangat ! happy yg x dpt digambar dengan kata-kata. mmg balik tu solat asar n sujud syukur lah. Allah je tahu isi hati nad. ye laahh time susah kita cari Allah, time senang pon, aku nak cerita dekat Allah. TERIMA KASIH ALLAH. atas nikmat yg Engkau berikan.

itulah kisah sang PELANGI...
Allah gantikan rasa sedih tu dengan rasa gembira yang tidak terhingga.

Kesimpulannya, husnuzon, bersangka baik dengan Allah. Allah uji kita sebab Allah sayang. Dia rindu nak dengar hamba-Nya merintih berdoa.. igt pada dia setelah kita jauh dengan dia. siyes smlm nad rasa down sgt.. daripada patutnya blk mnggu ni, jd x balik.  menagis. meluahkan segala apa yg terbuku dihati. berdoa, mengaji buat solat taubat. banyak dosa yg aku dah buat. dan dengan itu, bendera MERAJUK telah dinaikkan. ego. dalam hati ada rindu. tp... hati lebih memilih utk x balik. tp x pelahhh mmg niat asal mmg x nk blk pon. cumaaa.... well, u know. ank bongsu kan. mane boleh jauh dari parents lama2..




3 comments:

Anonymous said...



Assalamualaikum cik nad.

Hai..

Terjumpa blog nad dan go through your entry.

Nak berkongsi sikit.. About my experience.

I had been in your place before.
Akak pernah bercinta dengan seorang lelaki yang sangat sempurna pada pandangan akak selama 7 tahun. Dia seorang lelaki yang baik akhlak dan agamanya. Memang lelaki idaman setiap wanita. Tetapi sayangnya mak ayah akak tak suka dia. Langsung tak suka xleh kawtim.

Sedih.. 7 tahun akak fight untuk cinta kami. Cuba untuk pujuk ibu dan ayah. Doa pada Allah supaya lembutkan hati mereka. Baca yassin selawat solat malam and the list goes on. Tapi tetap tak berjaya lembutkan hati mereka.

Dan akhirnya selepas bertarung dengan rasa dan keluarga selama 7 tahun, lelaki itu mengundur diri dan berputus asa. Dan akhirnya dia telah pun berkahwin.

I was in very depressed state. Akak salahkan Allah, kenapa bg ujian berat macam ni selepas cinta separuh mati. Akak marah mak dan ayah akk kenapa xleh terima pilihan hati akak. Kenapa? dan kenapa dan kenapa? Kalau duduk sorang2 baring atas katil pandang siling memang nangis ah.

3 tahun akak mencari semula diri akak. Siapa akak. Mencari kembali jiwa seorng hamba, seorang anak yang mencari redho Ilahi. Berdoa semoga Allah hadirkan lelaki yang terbaik, yang Allah redho dan ibu dan ayah akk redho.

Dan alhamdulillah.. akhirnya akk bertemu jodoh dan sedang miniti tarikh untuk kami di ikat sebagai suami dan isteri.

Pilihan keluarga dan akk yakin pilihan keluarga insyaAllah yang terbaik. Terutama bila pilihan itu datang dari ibu dan ayah kita yang sangat menjaga ibadahnya.

Ini perkongsian dari akak. Anggaplah perkongsian dari seorang kakak kepada seorang adik walaupun kita tidak mengenali antara satu sama lain.

All the best nad. Akak doakan yang terbaik insyaAllah.

Be strong dan solat lah istikharah dalam membuat pilihan.

salam perkenalan :)

dearychocolates said...

Thanks kak for your advices. Doakan nad dpt bt plhn yg dpt menjaga hati semua org.

dearychocolates said...
This comment has been removed by the author.